Tatacara Tender

Kandungan :

1. DASAR-DASAR KERAJAAN.
2. PERANCANGAN.
3. PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN.
4. HAD NILAI TENDER KERJA.
5. DOKUMEN TENDER.
6. PENGIKLANAN.
7. KADAR BAYARAN BAGI DOKUMEN TENDER KERJA
8. DEPOSIT BAGI TENDER
9. TEMPOH SAH LAKU TENDER
10. PEMBUKAAN TENDER.
11. PENILAIAN TENDER
12. PERAKUAN TENDER
13. DOKUMEN UNTUK RUJUKAN LEMBAGA PEROLEHAN
14. LEMBAGA TENDER PEROLEHAN.
15. SETUJU TERIMA TENDER.


1. DASAR-DASAR KERAJAAN.

Agensi-agensi perlu memastikan supaya dasar-dasar kerajaan yang sedia wujud dipatuhi sepenuhnya. Antaranya ialah :-

Kembali Ke Kandungan


2. PERANCANGAN.

Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

Kembali ke kandungan

 


3. PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN.

3.1.Jabatan-jabatan dikehendaki mengikuti garis-garis panduan yang berikut untuk menggelakkan kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.

- SPP 7/79

3.2. Agensi-agensi perlulah memastikan :-

3.2.1. Semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukar dilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsa bolehlah dipelawa.

3.2.2. Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.

3.2.3. Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut. - SPP Bil. 2/1995
 

Kembali ke kandungan


4. HAD NILAI TENDER KERJA.

Agensi-agensi yang ingin melaksanakan tender-tender kejuruteraan awam / membina bangunan hendaklah membuat pelawaan kepada syarikat yang tertentu mengikut had kewangan seperti di bawah :

4.1. Tender-tender yang tidak melebihi RM10juta : - dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan.

4.2. Tender-tender yang bernilai antara RM10 hingga RM25juta :

4.3. Tender yang dianggarkan melebihi RM25 juta, dipelawa kepada : -

Kembali ke kandungan


5. DOKUMEN TENDER.

5.1 Antara kandungan yang patut ada di dalam sesuatu dokumen tender adalah:

i. Arahan kepada penender
ii. Spesifikasi-spesifikasi
iii. Borang-borang tender
iv. Surat Setujuterima
v. Syarat-syarat tender
vi. Terma-terma kontrak
vii. Bills of Quantities/Ringkasan tender
viii. Jadual Kadar Harga
ix. Lukisan teknikal serta pelan
x. Cadangan-cadangan pemindahan teknologi
xi. Prestasi/Track record
xii. Profail/Kedudukan kewangan petender
xiii. Perkara-perkara lain yang berkaitan

- SPP Bil. 2/1995

5.2. KLAUSA UTAMA YANG PERLU DIMASUKKAN DI DALAM DOKUMEN TENDER KERJA.

5.2.1. Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakan borang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203 ini tidak dipersetujui.

5.2.2. Bagi projek seperti yang tidak menggunakan borang JKR Siri 203, perkara-perkara berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan:-

i. tempoh sahlaku tender,
ii. larangan publisiti,
iii. jadual pelaksanaan kerja,
iv. tempoh siap kerja,
v. kelewatan dan lanjutan masa,
vi. gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan,
vii. penamatan kontrak,
viii. insurans kerja,
ix. arahan perubahan,
x. terma pembayaran,
xi. tempoh tanggungan kecacatan/waranti,
xii. timbang tara, dan
xiii. terma-terma lain yang perlu bagi menjaga kepentingan Kerajaan.
- SPP Bil. 2/1995

Kembali ke kandungan


6. PENGIKLANAN.

6.1 Semua pelawaan tender hendaklah diberi publisiti dengan mengiklankan tender tersebut sekurang-kurangnya di dalam satu akhbar harian utama. Kenyataan di dalam iklan tender hendaklah jelas, kemas dan ringkas. Sesuatu iklan tender hendaklah merangkumi:

i. Jabatan yang memanggil tender,
ii. tajuk tender,
iii. jenis tender, dan
iv. syarat-syarat kelayakan memasuki tender seperti:

 

a. kelas, kepala dan sub kepala di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) 
b. tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual 
c. harga, cara dan jawatan penerima bayaran dokumen tender 
d. tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup 

 - SPP 2/1995

6.2. Iklan Tender Kerja Tempatan.

6.2.1. Bagi tender kerja tempatan tempoh tender sekurang-kurangnya 21 hari hendaklah diberikan kepada petender untuk mengkaji serta membuat pesediaan terhadap tender tersebut. Pada hari penutupan tender, agensi hendaklah menetapkan jam 12.00 tengahari sebagai waktu terakhir untuk penerimaan dokumen tender daripada petender.

6.2.2. Kenyataan iklan tender hendaklah disalinkan kepada:

i. Dewan Perniagaan dan Perusahaan Bumiputera Malaysia (DPPB) di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan DPPB di mana tender dipelawa,

ii. MAMPU untuk dimasukkan di dalam Civil Service Link (CSL)

6.3. Peraturan-peraturan di atas juga terpakai bagi tender yang dikendalikan oleh juruperunding.

6.4. Iklan Tender Kerja Antarabangsa. Notis tender bagi kerja antarabangsa hendaklah diiklankan di dalam dua akhbar tempatan utama ; satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris. Notis tender tersebut perlu juga dihantar kepada Kedutaan Negara Asing yang berkenaan dan memberikan tempoh sekurang-kurangnya 56 hari bagi Kedutaan Negara Asing untuk memgemukakan pemberitahuan tender kepada petender yang berminat di negara masing-masing.
 

Kembali ke kandungan


7. KADAR BAYARAN BAGI DOKUMEN TENDER KERJA

7.1. Dokumen tender kerja tempatan Bayaran bagi satu set dokumen tender berdasarkan bilangan muka surat adalah seperti berikut:

i. Harga semuka dokumen: Saiz Kertas Harga A4 - RM0. 35, A3 - RM0. 70

ii. Harga semuka lukisan / pelan: Saiz Kertas Harga A3 - RM0.70, A2 - RM3.50, A1 - RM6.50, A - RM8.00 Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender ialah RM50.00.

7.2. Dokumen tender kerja Antarabangsa Bayaran bagi satu set tender kerja antarabangsa berdasarkan bilangan muka surat adalah seperti berikut:

i. Harga semuka dokumen: Saiz Kertas Harga A4 - RM0. 75, A3 - RM1. 50

ii. Harga semuka lukisan / pelan: Saiz Kertas Harga A3 - RM1.40, A2 - RM7.00, A1 - RM13.00, A - RM16.00 Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender ialah RM100.00.

7.3. Dokumen Tender Yang Ada Maklumat Tertakluk Kepada Arahan Keselamatan Dokumen tender yang mengandungi maklumat-maklumat yang sudah dikelasifikasikan (security document dan security drawing) adalah tertakluk kepada Arahan Keselamatan dan perlu dilindungi untuk kepentingan keselamatan negara. Syarat-syarat yang berikut perlu dipatuhi :

i. Penender menandatangani satu surat pengakuan untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.

ii. Peruntukan diadakan dalam dokumen tender yang mensyaratkan penender mengembalikan semua dokumen yang telah dikelasifikasikan.

iii. Penender membayar deposit yang perlu dikembalikan apabila penender mengembalikan dokumen tender dalam keadaan baik. Amaun deposit adalah seperti berikut:

a. Bagi dokumen tender kerja tempatan - RM5,000

b. Bagi dokumen tender kerja antarabangsa - RM10,000

7.4. Perunding dilantik untuk melaksanakan tender kerja tempatan atau antarabangsa, perlu mengenakan bayaran dokumen tender mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti di atas.

7.5. Bayaran bagi dokumen tender dan deposit yang tersebut di atas hendaklah dibuat menggunakan draf daripada bank tempatan atau bank asing yang beroperasi di Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat melalui kiriman wang pos. Semua bentuk instrumen bayaran hendaklah dalam Ringgit Malaysia yang berpalang dan dibayar atas nama Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan/Ketua Badan-badan Berkanun yang berkenaan.

- SPP Bil. 2/1995
 

Kembali ke kandungan


8. DEPOSIT BAGI TENDER

8.1. Deposit tender bagi kerja tempatan adalah dikecualikan manakala untuk kerja antarabangsa deposit tender adalah dikenakan kepada petender mengikut kadar seperti berikut :-

Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender

i. Hingga RM10 juta : RM50,000

ii. Melebihi RM10 juta dan tidak melebihi RM20 juta : RM150,000

iii. Melebihi RM20 juta dan tidak melebihi RM50 juta : RM350,000

iv. Melebihi RM50 juta dan tidak melebihi RM100 juta : RM750,000

v. Melebihi RM100 juta: RM1 juta

8.2. Petender tempatan yang dikecualikan pendaftarannya dengan Pusat Khidmat Kontraktor, dikenakan deposit tender sebanyak 2.5% daripada harga tawarannya atau maksimum RM10,000.

- AP 175.1(B) / SPP Bil. 5/1994

8.3. Deposit tender hendaklah dikemukakan dalam bentuk Draf Bank atau Jaminan Bank dalam Ringgit Malaysia daripada bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Deposit Tender akan dikembalikan selepas petender yang berjaya mengemukakan bon pelaksanaan. Untuk tender yang tidak berjaya, deposit tender akan dikembalikan selepas petender yang berjaya menyujuterima tawaran tersebut ataupun selepas tamatnya tempoh sahlaku tender.

8.4. Kontraktor tempatan tidak dikenakan deposit semasa menawarkan tender. Namun, tindakan yang diambil oleh Perbendaharaan bagi mana-mana kontraktor tempatan yang menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepada mereka ialah: -

Kesalahan pertama:
digantung daripada mengambil bahagian dalam tender-tender Kerajaan selama 2 tahun,

kesalahan kedua:
digantung daripada mengambil bahagian selama 5.

kesalahan ketiga:
kontraktor berkenaan akan dipotong pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan nama pemilik modal serta ahli Lembaga Pengarah disenaraihitamkan.

- AP175.1 (c) (SPP Bil.5/1994)
 

Kembali ke kandungan


9. TEMPOH SAHLAKU TENDER.

9.1. Faktor-faktor yang perlu diambilkira oleh agensi-agensi dalam menetapkan tempoh sahlaku tender adalah berdasarkan jangkamasa-jangkamasa bagi :

i. menilai tawaran dari segi teknikal,

ii. menilai tawaran dari segi harga,

iii. menilai keupayaan petender,

iv. menyediakan laporan dan masa yang diperlukan untuk membuat keputusan bagi tender, dan

v. menyusuli keputusan dan mengeluarkan Surat Setujuterima.

9.2. Tempoh minimum sahlaku tender ialah 90 hari dari tarikh tender ditutup. Tempoh sahlaku tender hendaklah tidak terlalu panjang yang mungkin menyebabkan petender menaikkan harga tender mereka. Agensi tidak digalakkan melanjutkan tempoh sahlaku tender mereka.

- SPP Bil. 2/1995
 

Kembali ke kandungan


10. PEMBUKAAN TENDER.

10.1. Di dalam sesuatu proses tender, Ketua Jabatan atau pegawai yang terlibat hendaklah tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam tender berkaitan. Pegawai yang berkenaan hendaklah menarik diri secara bertulis jika ia mempunyai kepentingan dalam tender.

- AP197.3(a)(c) / SPP 5/1994

10.2. Keahlian Jawatankuasa Pembuka tender. Sesebuah jawatankuasa pembuka tender adalah terdiri daripada dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

i. sekurang-kurangnya 2 pegawai yang mana seorang daripadanya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional,

ii. lantikan dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan, dan

iii. ahli jawatankuasa ini berlainan dari ahli jawatankuasa penilaian tender.

10.3 Tender lewat diterima

10.3.1. Tender yang lewat diterima, tetapi kelewatannya tidak melebihi 30 minit daripada waktu tender ditutup bolehlah dibuka dan dinilai bersama-sama tender yang lain.

10.3.2. Catatan mengenai kelewatan hendaklah dibuat apabila tender dibuka, untuk pertimbangan Lembaga Perolehan sama ada mahu terima atau tidak.

10.3.3. Tender yang lewat diterima boleh dipertimbangkan jika ahli Jawatankuasa Pembuka Tender dengan sebulat suara berpuashati bahawa kelewatan penyerahan disebabkan oleh perkhidmatan pos atau alasan munasabah daripada penender dapat diterima jika melalui hantaran tangan.

10.4. Pembukaan tender di hadapan Awam. Tender yang perlu dibuka dihadapan awam ialah :-

i. Tender dibiayai oleh Institut Antarabangsa yang mengenakan syarat sedemikian.

ii. Tender bernilai RM25 juta ke atas biayaan Kerajaan Malaysia.

10.5. Mempamirkan jadual harga tender

10.5.1. Jadual harga tender hendaklah dipamirkan seberapa segera yang boleh dengan pengecualian kepada tender yang melibatkan keselamatan negara. Apabila sesuatu tender dibuka, catatan harga hendaklah terus dibuat tanpa mengikut susunan harga. Bagi tujuan di atas 2 jadual perlu disediakan iaitu;

i. Jadual pertama untuk kegunaan Lembaga Tender yang mengandungi nama-nama kontraktor, nilai harga dan tempoh penyiapan.

ii. Jadual kedua untuk dipamirkan yang mengandungi hanya harga-harga tender mengikut bilangan. Jadual harga tender ini hendaklah dipamirkan sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 minggu.

- SPKPKR 8/1977.
 

Kembali ke kandungan


11. PENILAIAN TENDER

11.1. Penilaian tender perlu dibuat oleh satu jawatankuasa tidak kurang dari 2 anggota. Keahlian yang wajib ialah Jurukur Bahan atau pegawai teknikal dalam bidan kerja 2berkaitan.

11.2. Asas Penilaian Tender

11.2.1. Perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan asas untuk menilai sesuatu tender :-

i. Pematuhan syarat- syarat tender seperti pendaftaran dengan pihak berkuasa dalam kelas/bidang yang berkenaan, menandatangani tender, mengemukakan dokumen yang diminta dan syarat lain yang berkaitan,

ii. Kemampuan teknikal kontraktor.

iii. Kemampuan kewangan penender dari segi modal pusingan, (nett worth), kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya,

iv. Penganalisaan harga tender dengan tempoh siap yang ditawarkan. Jika tempoh siap adalah faktor terpenting maka ianya hendaklah dengan jelas dinyatakan di dalam dokumen tender.

- SPP2/1995, SPP8/1995
 

Kembali ke kandungan


12. PERAKUAN TENDER

12.1. Perakuan tender dibuat oleh Ketua Agensi berdasarkan kepada Laporan Penilaian Tender kepada Lembaga Perolehan untuk dibuat keputusan.
 

Kembali ke kandungan


13. DOKUMEN UNTUK RUJUKAN LEMBAGA PEROLEHAN

13.1. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sebagai rujukan Lembaga Perolehan;

i. salinan iklan suratkhabar;

ii. salinan penentuan tender;

iii. jadual tender;

iv. syor-syor setujuterima tawaran beserta justifikasi tawaran;

v. maklumat yang disyaratkan oleh Lembaga Perolehan; dan

vi. laporan penilaian tender kerja.

- AP 197.4 / SPP 5/1994
 

Kembali ke kandungan


14. LEMBAGA TENDER PEROLEHAN.

14.1. Ahli Lembaga Perolehan Kerja Persekutuan dilantik oleh Menteri Kewangan . Keahlian ahli lembaga hendaklah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Korum bagi Lembaga adalah 3 orang termasuk kehadiran wajib wakil dari Perbendaharaan Malaysia.

- AP 192.1(a), (b) & (c) / SPP 5/1994

14.2. Keahlian Lembaga Perolehan.

i. Lembaga Perolehan Persekutuan : (Perolehan kerja kurang daripada RM30 Juta)

a. Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan (Pengerusi),

b. Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya,

c. Seorang pegawai awam dari jabatan lain yang berpengalaman untuk memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

- AP 192.2 / SPP 5/1994/ SPP 2/1999

ii. Lembaga Perolehan Persekutuan Diperingkat Negeri : (Perolehan kerja kurang daripada RM10 Juta)

a. Pegawai Kemajuan Negeri atau Pegawai Kewangan Persekutuan atau Pengarah Pembangunan Negeri ( sebagai Pengerusi ),

b. Pengarah Kerja Raya Negeri atau wakilnya,

c. Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri atau wakilnya, dan

d. Seorang pegawai awam dari Jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

- AP 192.3 / SPP 5/1994 / SPP 2/1999

iii. Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Bahagian ( Bagi Negeri Sarawak ). (Perolehan kerja kurang daripada RM200,000)

a. Residen Bahagian ( sebagai Pengerusi ),

b. Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya,

c. Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya atau wakilnya, dan

d. Seorang pegawai awam dari Jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

- AP 192.5 / SPP 5/1994./ SPP 2/1999

iv. Lembaga Perolehan kecil Persekutuan (Perolehan kerja kurang daripada RM500,000)

a. Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan

b. Ketua Pengarah Kerja Raya atau Wakilnya

c. Setiausaha Bahagian

d. Seorang pegawai awam dari jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

14.3 Bagi tender yang nilainya melebihi RM 15 juta atau tender yang keputusannya tidak sebulat suara, perakuan tender perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan.
 

Kembali ke kandungan


15. SETUJU TERIMA TENDER.

15.1. Setujuterima tender boleh dibuat pada 2 peringkat;

i. melalui Surat Niat (Letter of Intent)

iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan-keperluan Kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor melalui rundingan atau cara lain. Surat ini tidak mengikat kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.

ii. melalui surat setujuterima (Letter of Acceptance)

iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat di dalam dokumen tender atau apa-apa syarat yang telah dipersetujui yang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

- SPP 2/1995

15.2. Rujukan kepada Perbendaharaan.

Draf surat Niat atau Surat Setujuterima hendaklah dirujukkan kepada Perbendaharaan untuk kelulusan jika nilai tender melebihi RM15 juta.

- SPP2/1995
 

Kembali ke kandungan


Laman-laman Yang Dihubungkan:  

|Ke CSL Gateway, Gerbang Maklumat Kerajaan Malaysia| |Perbendaharaan Malaysia| |Jabatan Kerja Raya Malaysia| |Bicara| |Kembali Ke Muka Utama|  

mailto webmaster


Disediakan oleh Abdul Aziz Shaari, Seksyen Audit Prestasi I berdasarkan Pekeliling-pekeliling dan Surat-surat Pekeliling Perbendahraan.