Kerja Pembinaan Jalan Lencongan di Laluan D29

Kerja-kerja pembinaan jalan lencongan di Jalan Negeri, D29, Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong, di KM 25 dari Gua Musang sedang dilaksanakan. Kerja-kerja pembinaan dijangka siap pada 20 Januari 2008 dan tarikh pembukaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.(dikemaskini pada 9 Januari 2008 jam 12.00 pm)

 
Jalan Ditutup Selorong di Laluan FT 185

Laluan di FT 185, Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang, di KM1.2 dari simpang jalan lama Lojing-Gua Musang, ditutup satu (1) lorong kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah mendap di kawasan tersebut. (dikemaskini pada 8 Jan 2008 jam 10.00 pagi)

 
Bilik Gerakan Bencana Beroperasi di Peringkat I

Mulai 7hb Januari 2008, Bilik Gerakan Bencana, Ibu Pejabat JKR akan beroperasi di Peringkat I. Semua urusan bencana akan dikendalikan oleh pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan hanya pada waktu pejabat sahaja.

 
Pembukaan Sepenuhnya Lencongan Sementara di FT008, Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Dua (2) lencongan sementara di FT 008 (KM 55 dan KM 67) telah dibuka 2 lorong kepada semua kenderaan bermula 7 Januari 2008. (dikemaskini pada 8 Jan 2008 jam 10.00 pagi)

 
Status Penutupan dan Pembukaan Jalan Sehingga 5/1/2008 (10.00 pagi)

Semua jalan yang ditutup sebelum ini di negeri Pahang, Kelantan dan Johor akibat kenaikan paras air banjir telah dibuka sepenuhnya sejak 1/1/2008. Walaubagaimanapun masih terdapat jalan-jalan yang ditutup akibat kejadian cerun runtuh di negeri Pahang, Kelantan dan Johor dan kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan oleh pihak JKR. Untuk mengetahui status jalan-jalan yang ditutup, sila lihat pada Ikon Status Bencana -Tanah Runtuh.

 
Lencongan Sementara Gua Musang-Kuala Krai dibuka 2 lorong

Lencongan sementara di FT008 Jalan Gua Musang - Kuala Krai dibuka 2 lorong kepada kenderaan ringan mulai jam 8.00 pagi 30.12.2007 (Ahad). Kerja-kerja pembaikan masih lagi dijalankan oleh pihak JKR.

 

 


09/01/2008

Status Pembukaan Jalan Persekutuan.

Sehingga laporan terkini (9 Januari 2008), Jalan Persekutuan FT 1579 di Pahang dan FT 008 di Kelantan yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh telah dibuka semula kepada semua kenderaan.


Berita Lanjut



  • Berita Bencana Terkini
  • Banjir
  • Tanah Runtuh
  • Penutupan Jalan
  • Untuk mendapatkan senarai nama pegawai mengikut negeri, jawatan serta nombor telefon untuk dihubungi sila klik disini.

    Aduan-aduan berkenaan tanah runtuh atau banjir atau apa-apa bencana sila klik disini

    Tanah Runtuh
    Kejadian tanah runtuh dan kawasan yang
    mudah berlaku.
    Klik untuk Berita Lanjut

    | Site Map | Contact Us | ©2003 Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR
    Penafian : Jabatan Kerja R aya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian akibat dari penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
    Paparan terbaik dengan resolusi 1024 X 768 pixel dan Internet Explorer 7.