Info Bencana

Bencana Alam

Bencana adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, perlatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa yang panjang.
Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku jabatan kerajaan yang melaksanakan projek infrastruktur awam dan juga penyelenggaraan prasarana awam akan memberi khidmat dari segi amaran awalan dan juga maklumat-maklumat penting akibat bencana alam yang terjadi di negara ini.

Banjir

Banjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku. Sembilan puluh tujuh peratus air di bumi merupakan air laut; cuma 0.014% terdapat di tasik, sungai, bawah tanah dan di udara. Banjir adalah merupakan limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu sistem saliran. Bencana banjir yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat/ribut tropika dan banjir monsun.
Banjir kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang tidak mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini berlaku apabila hujan lebat lebih dari biasa berlaku dalam satu tempoh yang tertentu. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.
Banjir monsun berlaku dalam tempoh yang spesifik musim tengkujuh timur laut (Oktober hingga Februari) dan tengkujuh barat daya (Mei hingga Ogos). Banjir tengkujuh timur laut melanda pantai barat Semenanjung, manakala banjir tengkujuh timur laut dialami oleh seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

3ke atas4

Tanah Runtuh

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan dimana tanah runtuh boleh berlaku:
4dikawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
4 di kaki atau permukaan atas cerun
4di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
4di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

4 di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
4 di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

4 penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
4 retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
4 ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
4 struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
4 keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
4 kepecahan serta kebocoran pada paip air
4 kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
4 garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
4 pemendapan ketara permukaan jalan
4 pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

3ke atas4

EL-NINO DAN LA-NINA

EL NINO dan La Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino ( El Nino-Southern Oscillation - ENSO). El Nino dalam bahasa Sepanyol bermakna "Jesus Child" manakala El Nino pula bermakna "Girl Child" dan dirujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.
Kebiasaannya, lautan Pasifik senantiasa ditiupi angin timuran: hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina. (1 & 2).
Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan (3). Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.
Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik (4). Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ianya menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.
Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur - lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat (5 & 6). Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Katulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

 

LANGKAH BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PERAYAAN DEEPAVALI

Pengguna - pengguna jalan raya   adalah dinasihatkan supaya lebih berhati hati ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya dan Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi hadlaju dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan yang jauh . Mereka hendaklah berhenti   untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk . Disamping itu beberapa langkah telah diambil oleh JKR bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya kepada pengguna pengguna sempena perayaan yang akan tiba .

Langkah Langkah   Keselamatan   Jalanraya Sempena Perayaaan

•  Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas lokasi lokasi kawasan   jalan raya   merbahaya yang telah dikenalpasti . Program ini melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan , mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat adalah seperti di Lampiran A
•  Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan agar tidak mengganggu aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda amaran dan 'blinker' akan dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan diletakkan   ditempat-tempat yang sesuai bagi membantu pengguana-pengguna jalanraya melalui dan melepasi kawasan pembinaan tersebut
•  Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh , pihak JKR Negeri / Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran yang mencukupi dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim perayaan .
•  Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .

Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .

 

LANGKAH BERJAGA-JAGA DIMUSIM TENGKUJUH

  • Sapertimana yang kita sedia maklum negara kita akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan bulan November dan akan berakhir pada   Mac tahun hadapan . Angin MonsoonTimur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri negeri dipantai timur seperti Kelantan dan Terengganu dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor . Ketika itu negeri negeri di pantai timur   akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir .   Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif   kepada alam sekitar seperti banjir,tanah runtuh dan sebagainya . Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber , peralatan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan kemungkinan juga memerlukan tindakan yang kompleks untuk satu jangkamasa yang panjang .Pelbagai agensi terlibat dalam menghadapi musim tengkujuh yang boleh membawa bencana alam   serta langkah langkah yang perlu diambil bagi menyelaraskan   agensi agensi terlibat . Dalam hubungan ini JKR mengambil beberapa langkah penting bagi menghadapi musim tengkujuh . Antara langkah langkah yang diambil adalah seperti berikut :-

    •  Mengenalpasti jalan raya yang sering dilanda banjir . Pancang-pancang kayu akan dipacak dikiri kanan jalan teresbut sebagai tanda menentukan dimana letaknya permukaan jalan jika banjir berlaku . Disamping itu papan-papan pemberitahu dipasang di tempat-tempat penting untuk memberi maklumat mengenai banjir kepada pengguna-pengguna jalan raya .

    •  Panduan am menerangkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan-jalan yang ditenggelami air sedalam 0.35m (14") dan untuk semua kenderaan jika paras banjir meningkat sedalam 0.76m(2'6").

    •  Tanah tebing dan tanah yang dipotong akan sentiasa diawasi jika terdapat tanda-tanda runtuhan . Tindakan membaiki runtuhan akan dijalankan di mana diperlukan

    •  Tanda-tanda amaran diletakkan dikedua-dua hujung jalan yang ditutup kepada lalulintas . Maklumat maklumat mengenai penutupan jalan , keruntuhan cerun dan sebagainya akan dipamerkan di tempat tempat strategik dan Balai Polis berdekatan dengan tempat kejadian untuk makluman pengguna pengguna jalan raya . Maklumat maklumat yang dipamerkan hendaklah juga memberitahu jalan jalan lencongan dan jalan-jalan alternatif jika penutupan jalan berlaku .

    •  Lampu-lampu amaran akan dipasang pada waktu malam di tempat-tempat berkenaan untuk mengelak kemalangan dan kejadian yang tidak diingini berlaku .

    Seterusnya bagi menyelaras dan melicinkan kerja kerja kecemasan ketika berlaku banjir,tanah runtuh dan sebagainya , satu senarai yang   mengandungi nama , alamat dan nombor telefon pagawai-pegawai JKR yang penting di peringkat negeri akan disediakan

 

JKR BELANJA RM5.2 JUTA BAIKI 172 'KAWASAN HITAM'

Ketua Pengarah JKR, Tan Sri Zaini Omar berkata sebanyak RM5.2 juta dibelanjakan oleh Jabatan Kerja Raya(JKR) bagi pembaikan serta merta 172 'kawasan hitam' Jalan Persekutuan Satu di seluruh Negara. Kerja-kerja tersebut dikategorikan sebagai langkah konvensional bagi mengelak dan mewujudkan kemalangan sifar di laluan tersebut. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti meluruskan jalan, membina tiang-tiang fleksibel dan membina bonggol di persimpangan berbahaya. Selain itu pihak JKR mengecat garisan kuning tebal yang merentangi jalan di tempat-tempat yang memerlukan pemandu mengurangkan kelajuan. Sejak Kerja-kerja pembaikan itu dilakukan beliau telah memantau tiga kawasan iaitu di Pak Boi, Seberang Perai Selatan, persimpangan Bidor, Perak dan di bulatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. " Apa yang membanggakan sejak Julai lalu hingga kini tiada sebarang laporan kemalangan belaku di ketiga-tiga kawasan tersebut," katanya. (Petikan:Utusan Malaysia 21 Nov.2004)

 

Laporan Kerosakan 'Abutment' Di Jambatan Seksyen 252 FT 005 Jalan Persekutuan ( Sungai Udang ke Masjid Tanah ,Daerah Alor Gajah, Melaka )

•  LATAR BELAKANG
Jambatan ini adalah terletak di seksyen 252 FT 005 yang menghubungkan jalan utama persekutuan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah dalam daerah Alor Gajah, Melaka.Jalan ini adalah jalan penting bagi laluan orang awam dan kenderaan perdagangan dari Port Dickson, Negeri Sembilan kearah selatan dan sebaliknya. Panjang jambatan ialah 6 m dan lebar 8 m.

Lokasi kejadian ditunjukkan dalam peta :-

•  PUNCA KEGAGALAN
Kegagalan adalah berpunca dari ikatan sambungan (masonary joints) yang telah pecah, buckle plate sebahagiannya telah berkarat dan reput dan menyebabkan 'I-beam' jatuh (satu bilangan) dan ini akan menyebabkan struktur jambatan akan gagal.

•  PENGESANAN AWAL
Laporan untuk tindakan membuat lencongan adalah dari Unit Jambatan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

•  TINDAKAN SEMENTARA YANG TELAH DIAMBIL
Pihak syarikat telah memasang papantanda amaran dan pekerja untuk mengawal lalulintas 24 jam sepanjang masa

•  Satu lencongan akan dibuat oleh Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd dan disiapkan dalam tempoh satu minggu (+-25 Mac 05)

•  KOS PEMBINAAN LENCONGAN
Kos keseluruhan bagi kerja-kerja pembinaan lencongan dijangkakan RM 138, 000.

•  TINDAKAN JANGKA PANJANG
Pihak Unit Jambatan akan mengambil tindakan selanjutnya.

SEKIAN.

Disediakan oleh,
Unit Pengurusan Penyelenggaraan Jalan,
Wilayah Selatan (Melaka)

 

LAPORAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI FT185 KM 41.60 JALAN LOJING-POS BLAU-KG.BETIS

Laluan FT185 Jalan Lojing-Pos Blau-Kg. Kuala Betis merupakan jalan penghubung antara Bandar Gua Musang dengan Cameron Highlands . Jalan ini telah digazetkan untuk diselenggarakan dibaweah konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. bermula pada 1 Januari 2005.

Kejadian tanah runtuh di Laluan FT185, KM 41.60 dari Gua Musang telah dikesan jam 6.30 petang pada 4 hb. Jun 2005 oleh pengguna jalanraya. Dengan maklumat yang diperolehi, pihak JKR Daerah Gua Musang bersama dengan Roadcare Kelantan telah memasang papan tanda amaran tanah runtuh dan menutup sebelah laluan menghala ke Gua Musang serta lain-lain arahan untuk memberitahu pengguna jalanraya pada sebelah malam. Kerja pembersihan batu dan tanah di permukaan jalan dilakukan pada 5 Jun 2005 dan siap dua(2) hari kemudian.

Unit Pengurusan & Penyenggaraan Jalan (UPPJ Kelantan) telah mengarahkan Roadcare Kelantan supaya membuat pemantauan berterusan ditempat kejadian dan melaporkan terus kepada UPPJ Kelantan untuk tindakan seterusnya. Bersama-sama ini disertakan pelan lokasi tempat kejadian dan gambar-
gambar berkaitan

 

 

GAMBAR GAMBAR JALAN LENCONGAN SEMENTARA YANG RUNTUH DI KM42 JALAN KOTA TINGGI - MERSING(LALUAN FT003) . JALAN LENCONGAN SEMENTARA INI DITUTUP PADA 23 SEPTEMBER HINGGA 26 SEPTEMBER BAGI TUJUAN PEMASANGAN JAMBATAN BAILEY MERENTASI SG. PERMANDI

DISCLAIMER

Public Work Department shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

3ke atas4

| Site Map | Contact Us | ©2003 Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR