Berita & Pengumuman

Taklimat Penyelaras & Pembantu Penyelaras Exactal Cost-X Bahagian
mula dipaparkan pada 03/04/2013

Pada 2 April 2013, Unit ICT, BPDI telah menganjurkan satu taklimat berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai Penyelaras & Pembantu Penyelaras Exactal Cost-X di setiap bahagian yang telah dilantik. Taklimat tersebut telah diadakan dengan jayanya dengan dirasmikan oleh KPPK BPDI CKUB iaitu Sr Nik Zainal Alam Hasan. Berikut adalah pautan galeri sepanjang taklimat dijalankan :

  Galeri Taklimat Cost-X

Berita Terdahulu

Jadual Latihan JKR 

Permohonan online mengikuti Program Latihan Induk JKR bagi bulan April & Mei 2013. Untuk rujukan dan semakan Tuan/Puan sila semak di rantaian ini.

Kempen KIK CKUB 

Kempen Kesedaran Membudayakan Inovasi & Kreativiti (KIK) CKUB sedang dijalankan bagi menggalakkan Warga CKUB membudayakan inovasi di tempat kerja masing-masing. Maklumat lanjut ...

Perkhidmatan dan Kepakaran CKUB

Pentadbiran Kontrak

Memberikan khidmat nasihat ke atas perkara-perkara dan masalah-masalah dan yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak.

Perolehan Kontrak

Memberi khidmat nasihat tentang keurusetiaan tender & kontrak dan menyelaras pemilihan projek dan urusan tender projek Kerajaaan.

Perundangan Kontrak

Memberi khidmat nasihat dalam merumus polisi dan penyediaan surat pekeliling dan panduan berhubung tender dan kontrak.

Pakej ICT Ukur Bahan

Membangun, menyenggara dan memantau pembangunan pakej-pakej berkomputer yang berkaitan dengan Ukur Bahan.

Penerbitan CKUB

Menerbitkan dokumen, spesifikasi standard, nota bagi membantu warga Ukur Bahan dan JKR di dalam menjalankan tugas.

Maklumat Kos

Menjalankan penyelidikan dan menerbitkan maklumat kos binaan untuk kegunaan JKR dan agensi Kerajaan lain.

Pengurusan Am

Menguruskan hal-hal perkhidmatan, perjawatan, pentadbiran am pejabat, kewangan dan perolehan & penyenggaran inventori pejabat

Perkhidmatan Atas Talian

 

Rates Online (RATOL)

Dapatkan senarai maklumat kos item utama kerja-kerja bangunan di laman Rates Online (RATOL) yang dikemaskini dari masa ke semasa.

 

e-Kerosakan Komputer

Warga CKUB yang menghadapi sebarang masalah dengan komputer kini boleh melaporkan masalah tersebut melalui laman e-Kerosakan Komputer.

 

Laman Keputusan Tender

Laman interaktif Keputusan Tender untuk pengguna yang berdaftar mengemaskini maklumat keputusan tender projek di bawah seliaan JKR

     
     

Antara yang menarik @ CKUB

Majlis Meraikan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar 

mula dipaparkan pada 20 Feb 2013

Satu majlis bagi meraikan kenaikan pangkat bekas Pengarah Kanan CKUB iaitu Dato' Sr Abdull Manaf Hj Hashim kepada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar telah diadakan dengan jayanya pada 31 Januari 2013. Untuk berita penuh majlis tersebut, sila ke pautan seperti di bawah:

Majlis Meraikan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar

Rantaian Berkaitan