Perutusan
Pengarah Kerja Raya,Negeri Sembilan

Jabatan
Kerja Raya Negeri Sembilan yang telah berusia melebehi seratus tahun adalah
sebuah Jabatan Kerajaan melaksanakan bilangan projek yang paling terbanyak
di negeri ini dan juga jadi rujukan untuk Jabatan-jabatan yang lain dalam
implementasikan projek- projek. Pada tahun-tahun yang lepas, Jabatan Kerja
Raya Negeri Sembilan telah mengalami perubahan yang terbesar disebabkan
oleh para Jurutera/ Pembantu Teknik / Juruteknik yang telah meninggalkan
JKR ke swasta tanpa penggantian dimana beban kerja kami meningkat untuk
melaksana & menyerahkan lagi banyak projek dibawah Rancangan Malaysia
Ke-7 daripada RMK 6. Langkah-langkah yang bijak yang telah diambil oleh
Jabatan ini untuk meringankan beban tersebut adalah dengan cara menggunakan
komputer keparas maksimum untuk kerja-kerja pentadbiran / pengawalan projek
dengan menggurangkan tenaga manusia. Sebagai satu Jabatan yang unggul didalam
melkasanakan projek-projek di Negeri ini, kami adalah 'komited' untuk melaksanakan
dan menyiapkan projek-projek yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan
jangkamasa, kos dan kualiti yang amat memuaskan. Laman Rasmi JKR Negeri
Sembilan adalah bertujuan sebagai satu pusat maklumat untuk semua rakyat
Malaysia dimana semua aktiviti Jabatan ini adalah 'transparent' kepada
orang awam.
Terima
Kasih.
~~~~~~~~~~
Ir.Zamri
Bin Darus, Pengarah Kerja Raya, Negeri Sembilan Darul Khusus.