Inovasi / KMK
Semua projek KMK yang diterbitkan di mukasurat ini telah diuji dan disahkan penggunaannya oleh Pengarah JKR NS , Jurutera-Jurutera JKR NS dan juga Kumpulan KMK yang terlibat. Pihak Pengurusan JKR NS ataupun Pengarang tidak akan layan sebarang komen/teguran dari mana-mana pihak mengenai projek yang dipaparkan. Tujuan muka laman adalah hanya untuk mendorong warga JKR NS supaya menghasilkan projek-projek yang lebih Inovetif dan berkualiti.
Papantanda cerdik dari JKR Tampin
  • Kekerapan kerosakkan papantanda-papantanda JKR yang dipasang berhampiran dengan "pavement" kerana kekurangan reserve tepi jalan, kesukaran alam saperti bukit, tebing dan jarak pengelihatan selalunya dilanggar oleh kenderaan-kenderaan berat menimbulkan masalah yang besar kepada Kumpulan Penyelenggaraan Jalan JKR malah ia melibatkan kos yang tinggi untuk dibaiki dan diselanggarakan.
  • Papantanda `CERDIK' adalah hasil projek kumpulan KMK "Bahtera" JKR Daerah Tampin telah direkabentuk dengan mengatasi faktor-faktor terlalu tegang;papantanda dipasang berhampiran dengan "pavement" jalan dan juga kenderaan-kenderaan yang terlalu panjang.
  • Rekabentuk papantanda `CERDIK' adalah sangat fleksibal sehingga ianya mampu menerima impak perlanggaran dan kembali ke kedudukan asalnya tanpa sebarang kerosakkan kepada papantanda. Ini adalah kerana ianya dipasang dengan sejenis alat yang dipanggil "RECOVERY HINGE"
  • Papantanda cerdik telah diuji dengan sepenuhnya oleh kumpulan KMK yang berkenaan dan telah menunjukkan hasil impak yang sangat memuaskan dibanding dengan papantanda tradisional.
  • Selepas perlanggaran papantanda cerdik tidak mengalami sebarang kerosakkan manakala papantanda tradisional telah rosak teruk akibat perlanggaran.Oleh itu, papantanda cerdik adalah satu penyelesaian yang terbaik