SCATS Sistem Kawalan Lalulintas Bersepadu
Cara pengurusan/pengawalan lampu trafik di bandar Seremban telah diubahsuai dengan menggunakan sistem kawalan SCATS dimana terdapat 32 simpang jalanraya melingkungi seluruh bandarraya Seremban. Dua puluh dua (22) lampu trafik kawalan SCATS terletak di CBD (Pusat Bandar) dan semuanya berfungsi dengan kawalan SCATS dimana operasinya telah bermula pada bulan Ogos 1997. Densiti trafik bandar Seremban telah menambah secara mendadah ( contohnya densiti trafik Jalan Yam Tuan sahaja adalah 30,000 kenderaan dalam sehari). Oleh demikian, SCATS merupakan penyelesaian secara `High-Tech' untuk mengawal lampu-lampu trafik dan lalulintas secara automatik. Kebanyakan jalan lama di Bandar Seremban telah di ubahsuai menjadi jalan sehala untuk sistem lalulintas yang cekap dan licin. Anda adalah dinasihatkan untuk memandu perlahan mengikut had laju/undang-undang jalanraya yang ditetapkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau aduan sila kemukakannya melalui email kami atau menalipon talian tollfree kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu.

Peta CBD menunjukan densiti trafik