Bahasa
Tema :

Pertukaran Kata Laluan Emel Rasmi JKR Bermula 9 Mei 2012 (Rabu) Bersempena Naik Taraf Emel Rasmi JKR Pada 19 Mei 2012 (Sabtu)

Disiarkan ke web pada 08-05-2012 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 25764 kali

Sinopsis : Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) akan menaik taraf sistem emel rasmi JKR dan semua warga JKR diwajibkan untuk menukar kata laluan sedia ada.
08-05-2012

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) akan menaik taraf sistem emel rasmi JKR dari BPOS ke OFFICE365 yang akan dilaksanakan pada 19 Mei 2012 (Sabtu).Bagi menjayakan perlaksanaan naik taraf sistem baru ini, semua warga JKR diwajibkan untuk menukar kata laluan sedia ada. Link penukaran katalaluan adalah seperti berikut : http://home.apac.microsoftonline.com.

Pertukaran kata laluan emel JKR secara automatik berkuatkuasa pada 9 Mei 2012 (Rabu) hingga 17 Mei 2012 (Khamis). Berikut adalah tatacara dan syarat bagi pertukaran katalaluan tersebut :

  • Mengandungi 8 hingga 16 karakter
  • Gabungan huruf besar, kecil, nombor dan simbol
  • Tidak boleh menggunakan nama penuh atau alamat emel
Perlaksanaan naik taraf sistem emel JKR juga melibatkan peralatan mudah alih seperti tablet dan smartphone. Konfigurasi baru bagi peralatan mudah alih ini boleh dimuat turun dari pautan di bawah bermula pada 9 Mei 2012 (Rabu)

1. Microsoft Office 365 Administrator Guide-Blackberry Enterprise Services
2. Microsoft Office 365 End User Guide-User Configuration on Desktop/Laptop
3. Microsoft Office 365 End User Guide-Exchange Online
4. Microsoft Office 365 Quick End User guide-Mobile Configuration
5. Microsoft Office 365 Quick End User guide-User Expectation on 21st May 2012

Konfigurasi baru ini hanya boleh digunakan bermula pada 19 Mei 2012 (Sabtu).

Perisian Microsoft Online Services Sign-In tidak digunakan lagi selepas naik taraf ini, sebaliknya terus klik pada http://portal.microsoftonline.com utk akses emel JKR melibatkan pengguna emel Standard(Outlook) dan Deskless(WebAccess).Sebarang permasalahan atau pertanyaan perkara ini,  boleh menghubungi pentadbiran emel JKR dan penyelaras ICT di cawangan dan negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Emel JKR
En. Mohaiman b Mohd Usak : 03-26107064
Pn. Azlina bt Ramli : 03-26108004
Pn. Zainatul Akma bt Che Mat Zain : 03-26107073

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2014

2013

2012

2011

2010

2009

2008