Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Ir. Hj. Mohd Fazli Bin Osman
Pengarah Cawangan Kejuruteraan Elektrik (Jusa B)
Norafidah Binti Sarbini
Pembantu Khas
" style="font-family:Times New Roman;font-size:x-small;text-decoration:underline">Alamat Pejabat
Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 11,
Centrepoint North, The Boulevard, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 92354357
Faksimili : 03 - 22872704
OBJEKTIF CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
1. Memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam
bidang kejuruteraan elektrik supaya menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan
2. Memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati
amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif.
3. Memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada
agensi kerajaan berasaskan profesionalisme dan berintegriti.

Carta Organisasi Cawangan Kejuruteraan Elektrik
FUNGSI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
1. Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)
i) Merancang, merekabentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek kerajaan
ii) Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.
2. Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)
i) Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal peringkat
pelaksanaan pembinaan projek mengikut kualiti, jangkamasa dan kos yang ditetapkan.
3. Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik
i) Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pepasangan elektrik mengikut piagam
pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan
oleh jabatan pelanggan.
ii) Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan
elektrik kepada agensi kerajaan yang lain