PENGENALAN
Laman KENYATAAN TENDER JKR MALAYSIA merupakan satu laman web yang membolehkan kontraktor- kontraktor mendapat atau mencapai maklumat mengenai Kenyataan/Tawaran Tender JKR Malaysia yang terkini dan juga yang lepas.

Tawaran Tender JKR Malaysia yang disenaraikan dalam Laman ini adalah seperti mana yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan untuk semua tender-tender JKR Malaysia.

CARA MENGGUNA LAMAN INI

Laman ini memberi peluang kepada pengguna untuk membuat carian terhadap pengkalan data sedia ada "Kenyataan Tender" JKR. Carian boleh dibuat dengan mengetik pada ikon kalender yang dipamirkan ditepi medan tarikh, memasukkan nilai yang perlu pada medan-medan dan juga membuat pemilihan melalui "drop-down menu" yang disediakan.

Carian terbahagi kepada 2 iaitu "CARIAN AWALAN" dan "CARIAN TERPERINCI".

CARIAN AWALAN
Carian Awalan membolehkan carian TARIKH TENDER DIIKLANKAN untuk tender-tender yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia. Carian ini boleh ditapis mengikut Kelas dan juga Taraf Syarikat.

Klik butang "Cari" untuk menjana carian berpandukan nilai-nilai yang telah dimasukkan di medan-medan yang telah disediakan. Keputusan carian akan dipamirkan di sebelah kanan skrin anda. Klik pada iklan-iklan tertentu untuk mengetahui butiran yang lebih terperinci termasuk Tarikh Tawaran Tender ditutup.

Cetakan boleh dibuat untuk simpanan rekod dan sebagainya.
CARIAN TERPERINCI
Carian Terperinci membolehkan carian TARIKH TUTUP TENDER untuk tender-tender yang ditapis melalui Tajuk, Negeri/Pejabat Tawaran di keluarkan, Kategori Tender, Kelas dan juga Taraf Syarikat. Cara menggunanya adalah sama seperti diatas.
PENAFIAN
JKR Malaysia tidak akan bertanggung-jawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakkan yang dialami atas sebab-sebab penggunaan maklumat yang terdapat dalam Laman Web ini.