Tender Procedures

1 of 8

Kandungan:

  1. Dasar-dasar Kerajaan
  2. Perancangan
  3. Pengurusan Tender-tender Kerajaan
  4. Had Nilai Tender Kerja
  5. Dokumen Tender
  6. Pengiklanan
  7. Kadar Bayaran Bagi Dokumen Tender Kerja
  8. Deposit Bagi Tender
  9. Tempoh Sah Laku Tender
  10. Pembukaan Tender
  11. Penilaian Tender
  12. Perakuan Tender
  13. Dokumen Untuk Rujukan Lembaga Perolehan
  14. Lembaga Tender Perolehan
  15. Setuju Terima Tender

1. DASAR - DASAR TENDER

Agensi-agensi perlu memastikan supaya dasar-dasar kerajaan yang sedia wujud dipatuhi sepenuhnya. Antaranya ialah :-

  • Matlamat serta strategi di bawah Dasar Pembangunan Nasional diberi perhatian;
  • Dasar Kualiti Alam Sekitar diambil perhatian ;
  • Dasar Pelaburan Asing dan Pemindahan Teknologi dilaksanakan bagi kontrak antarabangsa ;
  • Memasukkan dasar keutamaan bumiputera sebagai satu syarat tender dan kontrak. Peluang kontrak diberi kepada kontraktor tempatan dan keutamaan hendaklah diberikan kepada kontraktor bumiputera dengan penglibatan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kontrak serta mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu projek.

2. PERANCANGAN

Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

  • Ringkasan Projek. Menyediakan ringkasan projek jika projek baru, dengan memberi butir-butir mengenai tujuan projek dan rekabentuk projek secara am.
  • Pemilihan Tapak / Pengambilan Balik Tanah. Adalah tanggungjawab agensi pelaksana untuk memilih tapak dan juga mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk pengambilan tanah sebelum projek bermula.
  • Peruntukan/Pembiayaan. Semua ketua agensi perlu memastikan bahawa agensinya sedia mempunyai peruntukan Belanja Mengurus atau Pembangunan yang diluluskan sebelum sebarang perolehan kerja dibuat.
  • Perlantikan Kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaan hendaklah dibuat dengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam perolehan hendaklah berdaftar mengikut kelas, kepala & sub-kepala yang bertepatan dengan perolehan yang dibuat. Agensi perlu mengenalpasti dan memastikan perolehan yang dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputra selaras dengan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
  • - SPP Bil. 2/1995

3. PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN

3.1.Jabatan-jabatan dikehendaki mengikuti garis-garis panduan yang berikut untuk menggelakkan kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.

  • Sebelum satu-satu tender itu dijemput, satu carta (jadual) hendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran masa untuk tiap-tiap peringkat dari tarikh tender ditutup hingga keputusan dibuat.
  • Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak melewati tempoh yang ditetapkan di dalam carta (jadual).
  • Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh 2 minggu selepas penilaian tender selesai.
  • Keputusan sesuatu tender itu hendaklah disampikan kepada penender yang berjaya menurut carta (jadual) yang ditetapkan.
  • Di mana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk keputusan, rujukan tersebut hendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.
  • SPP 7/79

3.2. Agensi-agensi perlulah memastikan :-

  • 3.2.1. Semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukar dilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsa bolehlah dipelawa.
  • 3.2.2. Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.
  • 3.2.3. Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut. -
  • SPP Bil. 2/1995

| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | Next >

About Us | Site Map | Contact Us | ©2003 Public Works Department