+A | batal | -A
   

Lokasi: ArtikelArtikel Eco Efficiency → Pengenalan kepada pH JKR

Pengenalan kepada pH JKR

Bermula dari Rancangan Malaysia ke-8, JKR telah mengamalkan inisiatif-inisiatif hijau samada dalam bentuk program mahupun projek-projek yang dilaksanakan. Ini terbukti dengan termeterainya Green Mission pertama JKR pada tahun 2002. Pada tahun yang sama, JKR telah diberikan persijilan MS ISO 14001:1997. Bertitik tolak dari itu, JKR telah banyak mengambil langkah-langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Lanjutan dari itu, pembangunan lestari telah mula diterapkan di dalam projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR.


Program-program seperti audit dan penjimatan tenaga, taklimat kesedaran kepada pengguna bangunan sediada, penyediaan garispanduan yang dapat membantu perekabentuk adalah di antara inisiatif pihak JKR ke arah pembangunan lestari. Projek-projek juga dilaksana dengan mengambilkira penerapan rekabentuk cekap tenaga di dalam bangunan baru, penggunaan IBS, penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan dan lain-lain lagi.


Walaubagaimanapun, inisiatif-inisiatif tersebut telah dilaksana oleh cawangan-cawangan secara berasingan. Menyedari hakikat ini, pihak pengurusan atasan JKR telah mengambil langkah mewujudkan satu Jawatan Kuasa Induk Pembangunan Lestari JKR yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya sendiri dan dianggotai oleh semua pengarah cawangan di ibu pejabat. Fungsi jawatan kuasa ini adalah untuk menyepadukan inisiatif-inisiatif tersebut dan seterusnya menyusun strategi JKR kearah pembangunan lestari.


Lantaran itu terbitlah inisiatif bagi menyediakan satu skim penarafan pembangunan lestari bagi kegunaan projek-projek kerajaan. Skim ini berperanan sebagai satu alat untuk menyepadukan semua inisiatif yang telah diambil, diukur dan digunakan sebagai penanda aras kepada tahap yang telah dan perlu dicapai. Ini akan menjadikan inisiatif-inisiatif yang telah diambil menjadi lebih komprehensif dan berimpak tinggi.


Skim ini akan disediakan dalam 4 fasa iaitu:
i. Fasa 1 ~ Bangunan Baru Bukan Kediaman (KB1)
ii. Fasa 2 ~ Bangunan Sediada Bukan Kediaman (KB2)
iii. Fasa 3 ~ Bangunan Bukan Kediaman Tanpa Penghawa Dingin (KB3)
iv. Fasa 4 ~ Bangunan Perkhidmatan Kesihatan (KB4)

 

Pengerusi
Jawatan Kuasa Penyediaan Skim Penarafan Hijau JKR (pH JKR)

Tarikh Kemaskini: 03-02-2013 04:52 am Hits = 803024

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel