+A | batal | -A
   

Lokasi: Bahagian CastBahagian Korporat → Bahagian Korporat

Bahagian Korporat

Fungsi Bahagian Korporat:

1. Menguruskan urusan pentadbiran pejabat.

i. Pengurusan sistem surat keluar dan surat masuk.
ii. Pengurusan tempahan makan minum pejabat.
iii. Pengurusan setor.
iv. Pengesahan dalam jawatan/perlantikan/tempoh percubaan/persaraan.
v. Pengemaskinian butiran perjawatan dan rekod perkhidmatan/peribadi kakitangan.
vi. Pengurusan sistem rekod/fail pejabat.
vii. Pengurusan disiplin/kehadiran kakitangan.
viii. Bertindak sebagai penyelaras kualiti pejabat dan prestasi kakitangan dan pegawai.
ix. Mengendalikan dan menyimpan rekod cuti rehat, cuti haji, cuti tanpa gaji, cuti belajar pegawai dan kakitangan
x. Menyediakan buletin dan laporan tahunan cawangan.
xi. Menguruskan urusan kenderaan pejabat

2. Menjalankan pengurusan sumber manusia pejabat.

i. Mengurus program latihan untuk peningkatan tahap kompetensi kakitangan di semua peringkat.
ii. Menguruskan urusan pembangunan modal insan dan penganugerahan/ tokoh untuk cawangan.
iii. Menguruskan urusan kursus/latihan dan kompetensi.
iv. Memantau aktiviti cawangan dalam konteks integriti dan JKTU.
v. Memastikan Kelab Kebajikan dan Sukan berfungsi.
vi. Mewujudkan Program Mentor Menti, AKRAB dan kaunseling untuk cawangan dan pemantauan serta laporan dibuat mengikut masa yang ditetapkan.

3. Melaksanakan pengurusan kewangan pejabat.

i. Mengurus dan memantau urusan kewangan cawangan.
ii. Mengurus dan memantau perolehan bekalan dan perkhidmatan cawangan.
iii. Melaksana semua urusan perubahan pendapatan kakitangan (kew.8)
iv. Melaksana semua urusan tuntutan kakitangan dan perunding luar.
v. Menyediakan belanjawan mengurus/bajet.
vi. Mengurus dan menyelenggara panjar wang runcit.

4. Menguruskan perihal pengurusan aset.

i. Menyediakan rekod dan melabel semua aset pejabat.
ii. Menyediakan laporan suku tahunan.
iii. Mengadakan pemeriksaan dan verifikasi inventori.
iv. Mengurus dan melaksanakan penyelenggaraan aset.

5. Melaksanakan urusan ICT.

i. Mengurus dan menyelenggara peralatan ICT pejabat.
ii. Menyelenggara laman web pejabat.

6. Pengurusan Strategik.

i. Mengurus hal-hal berkaitan SPK JKR, SSR, KPI, BPI dan ECKM.
ii. Urusetia pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO 9001 di Caw Alam Sekitar & Tenaga

7. Memastikan keselamatan pejabat.

i. Memantau dan memastikan keselamatan pejabat.

8. Aduan pelanggan

i. Menguruskan aduan yang dibuat oleh pelanggan.
 

Tarikh Kemaskini: 26-01-2013 02:44 am Hits = 646260

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel