+A | batal | -A
   

Lokasi: Peristiwa/Aktiviti Penyampaian Sijil Certified in Erosion and Sediment Control 2013 kepada para penerima yang telah lulus cemerlang di dalam program CPESC 2013

Penyampaian Sijil Certified in Erosion and Sediment Control 2013 kepada para penerima yang telah lulus cemerlang di dalam program CPESC 2013

Sukacitanya, satu Program Pensijilan Certified Professional In Erosion And Sediment Control (CPESC) telah berlangsung pada 9 hingga 12 September 2013 bertempat di JKR Malaysia. Program (CPESC) ini telah dibangunkan lebih daripada 25 tahun bagi menyediakan pentauliahan professional kepada individu yang terlibat dengan kawalan hakisan dan endapan di tapak pembinaan. Program yang dibangunkan oleh EnviroCert International, Inc di Amerika Syarikat ini mempunyai professional berdaftar yang aktif di lebih 15 buah negara di seluruh dunia. Di Malaysia, program CPESC ini dikendalikan oleh Malaysian Stormwater Organization (MSO) yang menandatangani perjanjian kerjasama dengan EnviroCert International, Inc. tersebut. Pensijilan CPESC diperlukan bagi profesional yang menyediakan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) iaitu diperlukan semasa pelaksanaan kerja tanah di tapak projek. Seramai 24 calon dari 43 yang terdiri daripada pegawai penyelaras dan juruaudit alam sekitar, perekabentuk, pengurus projek dan juga jurutera tapak dari seluruh JKR Malaysia, telah berjaya mendapat pentauliahan tersebut. Peyerahan sijil telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, JKR Malaysia kepada para penerima semasa sesi Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 2/2013. Tahniah sekali lagi dan syabas diucapkan kepada para penerima.

Tarikh Kemaskini: 02-12-2013 03:56 pm Hits = 882035

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel