+A | batal | -A
   

Lokasi: Peristiwa/Aktiviti Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 1/2013

Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 1/2013

Mesyuarat tersebut telah berlangsung bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu pada 17 hingga 19 April 2013. Mesyuarat telah dihadiri seramai 65 orang yang terdiri daripada semua pegawai penyelaras alam sekitar dari setiap JKR cawangan di ibu pejabat JKR Malaysia, JKR negeri dan juruaudit-juruaudit ISO 14001:2004 dari seluruh negara. Agenda mesyuarat adalah membincangkan maklumbalas MPPJ Bil 2/2012, status pelaksanaan latihan kompetensi alam sekitar dan audit dalaman serta persediaan audit pengawasan SIRIM yang akan diadakan pada 7 hingga 11 Oktober 2013. Di samping bermesyuarat, beberapa program yang telah diadakan termasuklah lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Mahmud TNB di Kenyir, Terengganu bertujuan memberikan pendedahan berkaitan pengurusan alam sekitar semasa peringkat pelaksanaan dan operasi, taklimat pengurusan fauna iaitu keberkesanan pembinaan “Animal Viaduct” dan pembentangan Pengemaskinian EMS JKR EMS 14001:2004 turut diadakan. Diharap program yang telah diadakan di sepanjang sesi mesyuarat ini berlangsung dapat mempertingkatkan tahap pengetahuan di kalangan mereka yang terlibat.
 

Tarikh Kemaskini: 02-12-2013 12:34 pm Hits = 89168

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel