+A | batal | -A
   

Lokasi: ArtikelArtikel Tenaga → Building Sector Energy Efficiency Project (BSEEP)

Building Sector Energy Efficiency Project (BSEEP)

Program Pembangunan Kapasiti Untuk Kecekapan Tenaga Dalam Bangunan-Bangunan Kerajaan Di Malaysia - Building Sector Energy Efficiency Project (BSEEP)

 

 Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mewujudkan Program Pembangunan Kapasiti Untuk Kecekapan Tenaga Dalam Bangunan-Bangunan Kerajaan Di Malaysia - Building Sector Energy Efficiency Project (BSEEP) dengan usahasama  United Nations Development Programme (UNDP) dan Global Environmental Facility (GEF).Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bertindak sebagai agensi pelaksana apabila dilantik secara rasmi oleh GEF pada Disember 2009. BSEEP akan bermula pada awal tahun ini apabila perjanjian antara wakil pihak kerajaan (Unit Perancang Ekonomi)  dengan United Nations Development Programme (UNDP) ditandatanganidan dijangka akan berakhir pada 2015.

 

 BSEEP adalah projek Nasional bagi menambahbaik Kecekapan Tenaga (KT) untuk bangunan–bangunan di Malaysia, terutamanya di sektor–sektor Kerajaan dan komersial. Rekabentuk bangunan baru yang jimat tenaga akan dipromosikan dan operasi bangunan–bangunan yang sedia ada akan dibuat penambahbaikan. Projek tersebut merangkumi aspek pembangunan kapasiti dan latihan, bantuan kewangan dan juga pelaksanaan beberapa projek demontrasi KT.

 

   BSEEP  juga bertujuan untuk mengurangkan kadar pertumbuhan tahunan emisi gas rumah kaca (Greenhouse Gases GHG) dari semua sektor bangunan di Malaysia. Objektif projek adalah meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di bangunan Malaysia, sektor-sektor kerajaan dan komersial, dengan mempromosikan pemuliharaan tenaga desain bangunan baru dan dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam pengoperasian bangunan sedia ada.

 

BSEEPterdiri daripada 5 komponen utama yang terdiri daripada kegiatan yang saling melengkapibagi memberikan sumbangan kepada pencapaian tujuan projek. Komponen - komponen projek adalah seperti berikut:-


Komponen 1: Pembangunan Kapasiti Institusi (Institutional Capacity Development)

Komponen ini memperkuatkan kerangka institusi bagi mempromosikan Energy Management di dalam bangunan.

 

Komponen 2: Pembangunan Dasar dan Regulasi Rangka (Policy Development and Regulatory Frameworks)

Komponen ini akan memperkukuhkan dasar, perundangan dan peraturan bagi menggalakkan penggunaan Energy Efficiency (EE) kepada bangunan di Malaysia.

 

Komponen 3: Peningkatan Kapasiti Pembiayaan EE (EE Financing Capacity Improvements)

Komponen ini terdiri daripada aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan semua sektor kerajaan mahupun swasta untuk menyediakan dana untuk membina projek berteraskan EE termasuk pembentukan mekanisma penghantaran.


Komponen 4: Penambahbaikan Informasi dan Kesedaran (Information and Awareness Enhancement)

Komponen ini merangkumi pengembangan desain alat, penambahbaikan organisasi,dan kebolehcapaian maklumat berkaitan serta peningkatan kesedaran terhadap kecekapan tenaga.

 

Komponen 5: Bangunan Demonstrasi EE (Building EE Demonstrations)

Komponen ini memfokuskan kepada pembinaan bangunan demonstrasi untuk menunjukkan dan memberi bukti tentang prestasi kecekapan tenaga kepada bangunan di Malaysia.

 

Sila layari Laman Web Rasmi CAST (https://www.jkr.gov.my/bseep/) untuk maklumat lanjut. Status projek akan dikemaskini secara berperingkat.

Tarikh Kemaskini: 03-02-2013 03:52 am Hits = 821820

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel