+A | batal | -A
   

Lokasi: Profil CastOrganisasi → Perutusan Pengarah Cast

Perutusan Pengarah Cast

Selamat datang kepada semua pengunjung laman web Cawangan Alam Sekitar & Tenaga (CAST). Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web ini. Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web kami. Laman web ini merupakan salah satu usaha kami untuk menghubungkan CAST dengan dunia luar dan sebaliknya.

 
CAST telah diwujudkan secara rasmi melalui penstrukturan semula JKR pada Januari 2008 yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Cawangan Alam Sekitar. Penggabungan alam sekitar dan tenaga adalah selaras dengan kehendak dan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan kehidupan mapan dalam mencapai wawasan 2020.
 
CAST berazam untuk menjadi pemangkin pengurusan alam sekitar di dalam projek-projek kerajaan dan menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di negara ini. Di dalam bidang kecekapan tenaga, CAST berazam untuk menjimatkan wang kerajaan melalui aktiviti penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan disamping mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang memudaratkan alam sekitar.

Adalah besar harapan saya agar segala misi dan visi kami tercapai melalui kerjasama erat kakitangan CAST di mana “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Diharapkan laman web ini akan dapat memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan oleh pelanggan. Akhir kata, diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah sangat dialu-alukan.

 
 
Sekian, terima kasih
 
Kemapanan Dalam Pengurusan Projek
 
Ir. Cheong Pui Keng
Pengarah
Cawangan Alam Sekitar & Tenaga

Tarikh Kemaskini: 11-10-2012 12:00 am Hits = 642611

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel