+A | batal | -A
   

Lokasi: GallerySenarai → Kursus Asas Fotografi (Kamera Kompak)


Kursus Asas Fotografi (Kamera Kompak)

CAST telah menganjurkan satu kursus dalaman yang bertajuk Kursus Asas Fotografi (Kamera Kompak) pada 17 dan 18 Okober 2012 bertempat di Bilik Raflessia, CAST. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai teknik merakam foto dengan lebih baik pada situasi tertentu dan dapat menggunakan tetapan yang bersesuaian agar hasilnya lebih baik dan dapat dimanfaatkan bersama dengan HANYA menggunakan kamera digital kompak (atau yang seangkatan dengannya TANPA menggunakan DSLR). Dengan kemahiran asas ni, para peserta dapat merakam foto yang mengagumkan untuk kegunaan cawangan khususnya dan jabatan amnya. Antara pengisian kursus ini adalah sesi praktikal, dimana peserta dikehendaki mengambil gambar mengikut tema yang telah ditetapkan, seperti senibina, pembinaan dan jalanraya. Adalah menjadi harapan kursus ini dapat membantu kakitangan CAST menghasilkan foto yang lebih baik untuk kegunaan cawangan khasnya dan jabatan amnya

Tarikh Kemaskini: 07-01-2013 Hits = 619505

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel