PERKHIDMATAN PERUNDINGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan mekanikal di dalam projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada di bawah Sektor Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, merekabentuk dan pengawasan pemasangan perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan, pengujian dan pentauliahan, penyerahan dan pengawasan kerja penyelenggaraan selepasnya. Perkhidmatan-perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan antaranya adalah seperti berikut :

  1. Sistem Penghawa Dingin dan Pengalihan Udara
  2. Sistem Bekalan Air dan Sanitari Dalaman
  3. Sistem Pencegah Kebakaran
  4. Sistem Lif
  5. Sistem Kren
  6. Sistem Pam Penggalak
  7. Sistem Gas Perubatan
  8. Sistem Dandang dan Stim
  9. Sistem Penstril
  10. Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG
  11. Sistem Kelengkapan Kerusi Pergigian
  12. Sistem Pneumatic Tube
  13. Sistem Automasi Bangunan (BAS)
  14. Sistem Pemampatan Udara
PERKHIDMATAN PENGURUSAN PROJEK UNTUK PROJEK KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal untuk projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan terus oleh CKM sendiri.

MELAKSANAKAN AKTIVITI KEPAKARAN DAN PENYELIDIKAN
  1. Mengaplikasikan bidang kecekapan tenaga dalam menghasilkan rekabentuk mekanikal dalam sesebuah bangunan dan seterusnya mengesyorkan langkah penjimatan tenaga dalam operasi sistem mekanikal.
  2. Mengesyorkan langkah penambahbaikan dalam aplikasi kawalan bunyi & getaran dalam sesuatu sistem perkhidmatan mekanikal sesebuah bangunan.
  3. Menentukan check & balance dalam sesuatu pemasangan kelengkapan mekanikal melalui pengujian, pentauliahan dan forensik bertujuan untuk mencegah peralatan dari terus mengalami kerosakan dan seterusnya mengenalpasti punca kerosakan dan mencadangkan pelan tindakan pemulihan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.
  4. Melaksanakan kualiti persekitaran dalaman IAQ & IEQ (Indoor Air Quality & Indoor Environment Quality) bertujuan untuk memastikan bekalan udara ke tempat-tempat penghuni mengikut standard dan spesifikasi supaya tidak menyumbang kepada masalah kesihatan disebabkan oleh SBS (Sick Building Syndrome).
  5. Merangka polisi, dasar, kajian dan menggalakkan bidang inovasi serta penyelidikan dan pembangunan ke atas aktiviti kepakaran khusus bidang kejuruteraan mekanikal.
  6. Menyediakan piawaian, penyeliaan, pengujian, pentauliahan perkhidmatan mekanikal, membangunkan spesifikasi, garispanduan rekabentuk, arahan teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
  7. Menyediakan maklumat berpusat bagi semua aktiviti mekanikal termasuk maklumat projek-projek mekanikal, kos anggaran dan sebenar kerja-kerja mekanikal, prestasi kontraktor mekanikal dsbnya.
  8. Mewujudkan pakar-pakar mekanikal di bidang perkhidmatan mekanikal seperti Pakar Sistem Penyaman Udara, Pakar Sistem Pencegah Kebakaran, Pakar Kecekapan Tenaga, Pakar Getaran & Bunyi dll.
  9. Meningkatkan peranan dan kepakaran di dalam urusan penyenggaraan bangunan termasuk aplikasi Condition Monitoring ke atas peralatan sistem mekanikal.
KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung dengan kejuruteraan mekanikal sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini seperti berikut :-

  1. Penetapan Verifikasi Kastam di bawah Kod tarif barangan akta duti kastam 1996.
  2. Penyeliaan kerja perunding teknikal.
  3. Perolehan sistem mekanikal untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
  4. Pelupusan Aset-Aset Mekanikal (BER/PEP) untuk pelbagai jabatan dan agensi.
  5. Penilaian kenderaan kerajaan yang terlibat dalam kemalangan dan pinjaman pembelian kereta terpakai.
  6. Semakan harga untuk perbatuan elaun perjalanan kakitangan awam.
  7. Perkhidmatan kemudahan penggunaan harta mekanikal dan urusan berkaitan dengannya.
  8. Menyediakan perkhidmatan untuk menyelenggara sistem perkhidmatan mekanikal di premis-premis kerajaan.
  9. Menyediakan pakar rujuk kepada agensi-agensi yang memerlukan khidmat kepakaran mekanikal seperti menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal di SIRIM, CIDB serta lain agensi dan sebagai ahli lembaga tender bagi kementerian-kementerian.
PENGURUSAN ASET - KENDERAAN DAN LOJI
  1. Mengurus dan menyelenggara woksyop, kenderaan dan loji milik Jabatan Kerja Raya.
  2. Mengurus perolehan loji dan kenderaan jabatan-jabatan kerajaan seperti lori tangki, bas, pacuan empat roda dan lain-lain.
PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KUARI

Bertanggungjawab, merancang dan mengurus perolehan kelengkapan kuari, bitumen dan alat gantinya ke atas Kuari milik Jabatan Kerja Raya iaitu:

  1. Kuari Pusat Pekan Awah, Temerloh yang mempunyai keluasan 46.8 hektar; dan
  2. Kuari Bukit Buloh, Machang dengan keluasannya 38 hektar.
PENGURUSAN & PERKHIDMATAN KERJAYA
  1. Membangun profesionalisma, pengembangan kerjaya, pembangunan kompetensi dan merangka program-program latihan teknikal dan menyediakan tenaga pengajar berkaitan perkhidmatan mekanikal kepada pegawai dan kakitangan CKM, CKM Negeri dan dari Cawangan Sektor Busines.
  2. Menyediakan silibus untuk peperiksaan jabatan bagi jurusan Mekanikal di JKR.
  3. Memantau kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan CKM , CKM Negeri dan dari Cawangan Sektor Busines.
  4. Menempatkan pegawai-pegawai teknikal jurusan mekanikal pada semua peringkat di unit, bahagian dan di negeri yang bersesuaian dengan tahap kompetensi pegawai berkenaan.