Bon Pelaksanaan

 

Nilai Bon Pelaksanaan ialah lima peratus (5%) daripada Harga Kontrak. Bon Pelaksanaan boleh disediakan dalam bentuk jaminan seperti berikutSurat Pekeliling Perbendaharaan Bi. 3 Tahun 2004 bertarikh 1.4.2004.
 
 
  1. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
  2. Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
  3. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
  4. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau
  5. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia; atau
  6. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB).
 
Borang standard jaminan bank, jaminan insurans atau jaminan syarikat kewangan untuk Bon Pelaksanaan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam bab Panduan Penyediaan Dokumen Tender. 
 
Bon Pelaksanaan hendakah terus berkuatkuasa sehingga dua belas(12)  bulan selepas tarikh tamat  tempoh liabliti kecacatan.
                                     
Untuk menentukan jaminan yang dikemukakan oleh Kontraktor itu sah, pengesahan mesti dibuat dengan bank, syarikat insurans atau syarikat kewangan dengan menggunakan borang standard seperti di Lampiran A.
Previous  |  Next ]     [ Up a level  |  First   |  Last ]     (Article 4 of 67)

This page is created with TreePad