Penilaian Tempoh Kelambatan Dan Lanjutan Masa
 
1.         Dalam menilai tempoh kelambatan dan lanjutan masa, beberapa perkara perlu diberi perhatian:-
 
(a)         Sebab-sebab kelambatan yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah dikaji sama ada dibenarkan di bawah  Kontrak.
 
(b)         Tentukan masa tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja tersebut.
 
(c)         Ambilkira  juga kemajuan sebenar di Tapak Bina dengan mengambilkira kemungkiran di pihak Kontraktor sendiri.
 
(d)         Tentukan kelambatan sebenar ( nett effective delay) yang dialami.
 
(e)         Kaji kesan kelambatan terhadap tempoh siap keseluruhan berpandukan aktiviti serentak dan berturutan di dalam CPM.
 
Semasa menganggarkan tempoh lanjutan masa kepada Kontraktor, P.P. hendaklah juga mengambilkira sama ada Kontraktor telah sedaya upaya mengelakkan kelambatan. P.P. hendaklah mengambilkira kehendak Kontrak atas perkara ini dan seterusnya meluluskan lanjutan masa yang adil dan berpatutan kepada Kontraktor untuk penyiapan Kerja.  P.P perlu meluluskan lanjutan masa dalam tempoh Kontrak yang dibenarkan, jika tidak, masa bukan menjadi teras kepada Kontrak. Oleh itu Kontraktor hanya bertanggungjawab untuk menyiapkan Kerja di dalam tempoh yang munasabah ( time is at large).
 
 
2.         Pertimbangan lanjutan masa boleh dipertimbangkan oleh P.P sekiranya Kontraktor telah mengambil langkah-langkah berikut:
 
(a)         Mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan kelambatan.
 
(b)         Merancang semula program kerja untuk membendung kelambatan.
 
(c)         Memajukan jadual perlaksanaan asal dan pindaan dalam bentuk CPM.
 
 
 
3.         Lanjutan masa untuk keburukan cuaca luarbiasa hanya boleh diberi pertimbangan sekiranya terbukti ianya luar biasa dengan berdasarkan kepada bukti:-
 
(a)         Rekod-rekod kajicuaca untuk beberapa tahun terdahulu daripada Jabatan Kajicuaca atau Jabatan Pengairan Dan Saliran (seboleh-bolehnya tidak kurang dari 3 tahun).
 
(b)         Bagi yang melibatkan kerja tanah, peruntukan harus diberi bagi masa tambahan yang diperlukan untuk pengaliran dan/atau pengeringan kawasan bertakung atau lembab.
 
 
4.         Lanjutan Masa atas sebab masalah mendapatkan bahan-bahan binaan boleh dipertimbangkan dengan syarat:
 
(a)         Terdapat bukti secukupnya mengenai kekurangan bahan binaan dalam pasaran semasa negara.
 
(b)         Kontraktor telah membuat pesanan pada tempoh yang munasabah sebelum sesuatu bahan tersebut diperlukan di tapak bina.
 
 
5.         Polisi-polisi Insurans Dan Bon Pelaksanaan.
 
(a)         Kontraktor mestilah diminta untuk melanjutkan tempoh liputan polisi-polisi insurans, Bon Pelaksanaan, dan Jaminan Wang Pendahuluan yang belum didapatkan bayaran balik sepenuhnya kepada satu tarikh yang dijangka siap serta mengemukakan endosmen dan resit rasmi.
 
(b)         Jika Kontraktor gagal, P.P. hendaklah menggunakan haknya dibawah Kontrak untuk melanjutkan tempoh tersebut dan memotong premium-premium yang telah dibayar termasuk mengenakan on cost caj 5% bagi kos pentadbiran dari wang yang kena dibayar kepada KontraktorSurat Kementerian Kewangan Ruj. (K Jld.3 (44) bertarikh 5.4.89.
Previous  |  Next ]     [ Up a level  |  First   |  Last ]     (Article 57 of 67)

This page is created with TreePad