Mesyuarat Tapak Bina
 
1.         Mesyuarat tapak bina diadakan untuk memberi Kontraktor peluang membentangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa melaksanakan kerja supaya masalah-masalah ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan cepat.  Mesyuarat tapak bina juga memudahkan kajian semula kemajuan kerja yang dicapai berbanding dengan program kerja.
 
2.         Kekerapan mengadakan mesyuarat tapak bina bergantung kepada nilai kontrak seperti berikut::
Surat Pekeliling KPKR 3/91 bertarikh 14.10.91
Surat KPKR bil.(22) dlm. JKR.KPKR/01/2/A39 bertarikh 07.03.92.
 
 
(i)        Bagi kontrak yang bernilai kurang dari RM 0.5 juta, mesyuarat tapak bina diadakan apabila perlu sahaja;
 
(ii)        Bagi kontrak yang bernilai RM 0.5 juta tetapi tidak melebihi RM 2.0 juta, mesyuarat tapak bina diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali;
 
(iii)       Bagi kontrak yang bernilai RM 2.0 juta ke atas tetapi tidak melebihi RM 4.0 juta, mesyuarat tapak bina diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan; dan
 
(iv)      Bagi kontrak yang bernilai RM 4.0 juta ke atas, mesyuarat tapak bina diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan.
 
Walaupun ini merupakan peraturan yang sedia ada, mesyuarat tapak bina hendaklah diadakan lebih kerap lagi bagi sesuatu kontrak jika keadaan memerlukannya.
 
3.        Mesyuarat pra-pembinaan hendaklah diadakan dengan seberapa segera yang boleh selepas pengeluaran Surat Setujuterima Tender.  Walaupun mesyuarat tapak bina sepatutnya diadakan di Tapak Bina untuk memberi peluang kepada mereka yang terlibat membuat pemeriksaan ke atas Kerja sebelum mesyuarat bermula, mesyuarat tapak bina boleh diadakan di pejabat P.P. kerana kemungkinan pejabat tapak untuk P.P. belum lagi siap pada waktu itu.
 
4.        Mesyuarat pra-pembinaan adalah penting untuk memperkenalkan semua pihak yang terlibat dalam projek ini.  Ia juga memberi peluang kepada P.P menerangkan kehendak am Kontrak seperti berikut:
 
(i)         Pengemukaan Bon Pelaksanaan, Polisi-polisi Insurans dan Caruman Perkeso.
(ii)         Program Kerja.
(iii)       Carta Organisasi Kontraktor di Tapak.
(iv)       Perlindungan kemudahan-kemudahan di bawah tanah.
(v)        Harta sedia ada.
(vi)        Kerja-kerja dan bahan-bahan dan barang-barang tak pasang.
(v)         Keselamatan dan kesihatan di Tapak Bina.
 
Prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi berhubung dengan pengemukaan sampel bahan-bahan dan barang-barang untuk kelulusan, pemeriksaan kerja-kerja yang akan ditutup, penilaian interim, pengemukaan  tuntutan, dan sebagainya hendaklah dibincang dan dipersetujui di mesyuarat tersebut.
 
5.        Minit mesyuarat tapak bina hendaklah disedia dan diedarkan seberapa segera yang boleh selepas setiap mesyuarat. Format piawai dan senarai edaran adalah seperti di Lampiran G
Previous  |  Next ]     [ Up a level  |  First   |  Last ]     (Article 36 of 67)

This page is created with TreePad