News and Updates
  Friday, December 12, 2008
Keberkesanan alat kesan pergerakan tanah dikaji
Kaedah terbaik pantau kawasan risiko tinggi, lereng bukit

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan memasang alat pengesan pergerakan tanah di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit sensitif terhadap pembangunan sebagai amaran awal sebelum berlaku tanah runtuh.

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, berkata ketika ini, alat berkenaan digunakan untuk memantau pergerakan tanah di cerun curam sekitar tapak tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kajian Pemetaan Kawasan Berbahaya bagi mengesan tanda awal pergerakan tanah yang dijangka siap awal tahun depan, diikuti kajian Kualitatif Pemetaan Kawasan Berisiko untuk menghasilkan laporan lengkap dan terperinci.

"Laporan kajian dan cadangan akan diteliti sebelum langkah menangani masalah di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit dilaksanakan, termasuk memasang alat pengesan pergerakan tanah jika itu langkah terbaik menangani risiko tanah runtuh," katanya semalam.

"Setakat ini, alat pengesan itu membantu proses memantau dan operasi mencari dan menyelamat, terutama kerja menyelamatkan mangsa dan mengosongkan bangunan berhampiran yang berisiko," katanya semalam.

Judin berkata, fasa pertama kajian perintis yang dijalankan Bahagian Cerun JKR itu membabitkan kawasan tanah tinggi berkeluasan lebih 100 kilometer persegi di sekitar Ampang Jaya, Gombak dan Kajang.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata sudah tiba masanya teknologi itu diguna pakai bagi mengelak tanah runtuh yang boleh meragut nyawa dan memusnahkan harta benda.

"Menerusi alat pengesan ini, kekerapan pergerakan tanah dapat dipantau dan ditentukan tahap pergerakan sebelum menentukan sama ada penduduk sekitarnya perlu mengosongkan bangunan kawasan terbabit," katanya.
 
 
Other News
12 January 2009
Tindakan tatatertib kakitangan awam
10 November 2008
43,000 pekerja mahu sertai skim pencen
10 November 2008
Selamat Datang ke Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
05 November 2008
Kerajaan guna tender lebih telus
03 November 2008
Rakyat Mesti Yakin Untuk Tempuh Cabaran Berikutan Krisis Kewangan Dunia
Rantaian
  RAKAN
Intranet Kerja Raya Malaysia
  JKR
Jabatan Kerja Raya Malaysia
  KKR
Kementerian Kerja Raya Malaysia