Berita & Pengumuman

Anda berada di sini: Laman Utama > Berita CKUB

Penilaian Tender Kerja Reka dan Bina
mula dipaparkan pada 20/05/2009

Sejak kebelakangan ini, Lembaga Perolehan telah mendapati bahawa beberapa tender bagi projek Reka dan Bina telah dibuat penilaian berdasarkan penggunaan dan penetapan harga 'cut-off'.

Lembaga memandang serius terhadap kesilapan ini memandangkan penggunaan dan penetapan harga 'cut-off' berdasarkan kaedah statistik adalah dikecualikan bagi projek secara Reka dan Bina.

Adalah diharapkan kesemua pihak dapat mengambil perhatian mengenai perkara ini agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

Surat Arahan daripada Pengarah Kanan CKUB