Berita & Pengumuman

Anda berada di sini: Laman Utama > Berita CKUB

CKUB Merangkul Kejayaan Berganda Anugerah Kualiti JKR Malaysia 2010 - Laman Web Terbaik dan Pejabat Terbaik!
mula dipaparkan pada 10/06/2010

CKUB telah berjaya merangkul dua Anugerah Kualiti JKR Malaysia iaitu Anugerah Laman Web Terbaik dan Anugerah Pejabat Terbaik seperti yang telah diumumkan di Majlis Perasmian Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan JKR di Ipoh Perak pada 7hb Jun 2010 yang lepas.

Pengarah Kanan CKUB, Y Bhg. Dato' Abdull Manaf Hashim berharap agar kemenangan ini dapat memberi suntikan semangat kepada warga CKUB untuk bekerja lebih keras sebagai satu pasukan bagi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan.

Syabas dan Tahniah buat semua pihak yang terlibat!