Berita & Pengumuman

Anda berada di sini: Laman Utama > Berita CKUB

Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Kontrak & Ukur Bahan Bil 1/2011
mula dipaparkan pada 01/04/2011

Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Kontrak & Ukur Bahan Bil 1/2011 telah diadakan pada 27 - 28hb Mac 2011 di Hotel Bayview, Langkawi, Kedah. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Kanan CKUB, Y Bhg. Dato' Sr Abdull Manaf Hashim dan disusuli dengan pelancaran Portal RATOL & Rates PreMO dan Buku Pentadbiran Kontrak.

Seterusnya Pengurusan Tertinggi CKUB telah mengadakan sesi dialog bersama para peserta dan diikuti dengan pembentangan beberapa kertas kerja.