Berita & Pengumuman

Anda berada di sini: Laman Utama > Berita CKUB

Tahniah Sr. Amran Mohd Majid
mula dipaparkan pada 04/11/2011

Pada 19 Oktober 2011, KKR telah menganjurkan Hari Inovasi 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dengan tema ‘Inovasi Penggerak Transformasi’.

Anugerah Tokoh Kerja Raya (ATKR) Tahun 2011 telah disampaikan kepada Sr. Amran bin Mohd Majid, KPPK, Bahagian Dasar dan Kontrak, CKUB sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Kerja Raya yang telah menunjukkan prestasi dan pemahaman yang mendalam terhadap pengurusan yang berkualiti dan berinovasi. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia .