Kerja Kajian

Anda berada di sini: Laman Utama > Kerja Kajian

Tajuk Kerja Kajian/Penyelidikan

Developing Cost Prediction Model via Rates Online Portal in ensuring effective and efficient Cost Management Process for Infrastructure Projects

Ketua Penyelidik

Khairil Hizar Md Khuzaimah
Bahagian Perunding, Dokumentasi dan ICT
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tempoh / Tarikh

8 bulan (1 April - 30 November 2010)

Objektif Kajian/Penyelidikan

Menyeragamkan pengurusan maklumat kos projek infrastruktur seperti Item-Item Utama Kerja-Kerja Bangunan dan Kejuruteraan Awam, Upah Buruh dan Sewa Loji & Peralatan bagi kegunaan JKR khususnya dan Industri Binaan Malaysia amnya.

Membangunkan satu aplikasi web iaitu Portal Kadar Harga @ Rates Online bagi membantu pengguna di dalam mendapatkan maklumat kos dengan lebih mudah, tepat, terkini dan pantas. Aplikasi ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi web terkini bagi membolehkan pengguna sendiri memanipulasi maklumat kos secara atas talian (yang dibenarkan oleh pentadbir sistem) untuk membuat sebarang proses perbandingan harga, penyediaan graf dan carta serta laporan yang berkaitan.

Membantu pengguna membuat cost prediction dengan tepat bagi menjamin kredibiliti dan reliabiliti anggaran yang dilakukan. Proses ini boleh dilakukan berdasarkan kepada cost prediction model yang akan dibangunkan yang telah mengambil kira historical data di samping pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerja kajian/penyelidikan ini, sila berhubung terus dengan Ketua Penyelidik, En Khairil Hizar Md Khuzaimah melalui emel: hizar@ jkr.gov.my / tel: 03 2614 1460.