Mengenai CKUB

Anda berada di sini: Laman Utama > Mengenai CKUB

CKUB merupakan salah sebuah cawangan pakar yang bertanggungjawab di dalam bidang Ukur Bahan. CKUB diterajui oleh oleh Pengarah Kanan, Dato' Abdull Manaf bin Hashim dan beliau dibantu oleh dua orang pengarah sektor, Pn Fadzilah Samad dan Dato' Jaafar Shahidan.

Memastikan perkhidmatan kepakaran ukur bahan sentiasa efektif dalam melicinkan pengurusan tender dan pentadbiran kontrak bagi projek Kerajaan selaras dengan Dasar Perolehan Kerajaan.

Berikutan dengan perkembangan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Cawangan ini sedang berusaha untuk mengamalkan proses “reengineering” sebagai satu budaya kerja dan memberi fokus kepada pengurusan ilmu untuk melahirkan “knowledge workers. Di samping itu, budaya pembelajaran berterusan sentiasa diamalkan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan tugas.