Piagam Pelanggan CKUB

Anda berada di sini: Laman Utama > Piagam Pelanggan CKUB

Komitmen kami adalah untuk:

1.

Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Jadual Pelaksanaan yang dipersetujui bersama. Perkhidmatan utama kami ialah :

  • Menyediakan Senarai Kuantiti dalam tempoh 1 bulan selepas lukisan terakhir diterima
  • Menyediakan Dokumen Tender dalam tempoh 2 minggu selepas Senarai Kuantiti /Ringkasan Tender disiapkan
  • Menyediakan Anggaran Awalan dalam tempoh 2 minggu selepas lukisan awalan / skop kerja diterima
  • Membuat Penilaian Tender dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh dokumen tender diterima
  • Melaksanakan Audit Teknikal dalam tempoh 2 minggu selepas arahan/permintaan diterima
  • Merundingkan Harga Kontrak dalam tempoh 1 bulan selepas menerima Harga Tawaran Akhir daripada Kontraktor
  • 2.

    Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Pos Kontrak yang berkualiti dan menepati syarat- syarat kontrak.Perkhidmatan utama kami ialah :

  • Menyediakan Bayaran Interim dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penilaian di tapak
  • Memuktamadkan nilai Perubahan Kerja dalam tempoh 1 bulan selepas kerja- kerja maklumat lengkap kerja-kerja perubahan diterima
  • Memberi Khidmat Nasihat Kontrak dalam tempoh 14 hari dari tarikh maklumat lengkap diterima
  • Melaksanakan Audit Teknikal dalam tempoh 2 minggu selepas arahan / permintaan
  • Menyediakan Penyata Akaun Muktamad dalam tempoh 6 bulan selepas Perakuan Siap Kerja (CPC)
  • Menilai tuntutan kontraktor dalam tempoh 2 ½ bulan selepas menerima butir- butir dan bukti tuntutan daripada Kontraktor
  • 3.

    Merangka dasar mengenai Peraturan Tender dan Kontrak yang saksama yang memenuhi ciri-ciri pertanggungjawaban awam selaras dengan dasar semasa Kerajaan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh arahan

    4.

    Mengeluarkan makumat kos binaan sebanyak 2 kali setahun

    • Laman berkaitan
    • 1. Perpustakaan
    • 2. Pengurusan Kualiti
    • 3. Nota Kursus dan Seminar
    • 4. Iktibar
    • 5. Laporan