Perutusan Tahun Baru 2015 Pengarah Kanan CKUB

Anda berada di sini: Laman Utama > Perutusan Tahun Baru 2015 Pengarah Kanan CKUB

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T yang telah merahmati kita dengan nikmat dan kemakmuran yang berpanjangan.Tanpa disedari dan begitu cepat sekali waktu berputar kita telah melangkah ke tahun baru 2013. Banyak pengalaman dan kenangan suka duka yang telah kita tempuhi. Semoga permulaan tahun baru ini disulami dengan tekad dan iltizam yang jitu baik untuk diri sendiri, keluarga, organisasi, agama, bangsa mahupun negara kita.

KEJAYAAN YANG DICAPAI DALAM TAHUN 2014

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan sumbangan besar tuan/puan itu. Syabas dah tahniah saya ucapkan diatas pencapaian CKUB sebagai Johan Pengurusan Laman Web Terbaik 2012 Kategori Intranet dan Naib Johan Anugerah Inovasi JKR 2012 (Civil Engineering Progress Payment-CEPP).

HARAPAN BAGI TAHUN 2015

Meskipun kita mempunyai sistem yang terkini, prosedur yang lengkap dan pengurusan yang mantap tanpa ilmu pengetahuan tidak mungkin kita sampai ke tahap ini sekarang. Di sini kita faham bahawa kepentingan menguasai ilmu pengetahuan di dalam sesebuah organisasi amatlah penting untuk menjamin kecekapan sistem pengurusan dan pentadbiran. Modal intelek perlu dipupuk, diguna dan dibudayakan dalam organisasi. kita bukan lagi bekerja berasaskan arahan semata-mata tetapi mestilah menggunakan kuasa minda (brainpower) yang cerdas dan berdaya saing anjal dan ampuh di samping serba sanggup (versatile) dan boleh berdikari atau berautonami.

Pekerja berilmu pengetahuan tidak hanya mengikut dan membiarkan orang lain mendahului tetapi ia turut berani memimpin, merekacipta, membuat keputusan tepat dan bertindak dengan pantas. Selain pentingnya menguasai ilmu saya juga di sini ingin menekankan beberapa nilai yang menjadi fokus YAB Perdana Menteri kita terhadap penjawat awam, empat nilai tersebut adalah:

1. Membudayakan kreativiti dan inovasi
2. Kepantasan bertindak dan membuat keputusan
3. Menghargai wang atau kekayaan (value for money). Dalam hal ini pembaziran, penyelewengan dan gejala salah urus hendaklah dihapuskan
4. Memupuk dan meningkatkan integriti di kalangan warga kerja

Akhir kata, saya mahukan nilai-nilai bekerja berkualiti tinggi, ketabahan, kreatif, inovatif, ikhlas, kehebatan berfikir dan kepantasan bertindak sebagai satu pasukan terus disemai dalam organisasi kita ini. Saya sentiasa mengalu-alukan idea yang membina dalam meningkatkan prestasi Cawangan ini.

Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan harapan yang tinggi. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mempermudahkan segala urusan kita demi masa depan organisasi yang kita sayangi. Mudah-mudahan pada tahun 2013 ini dan dekad seterusnya menjanjikan kejayaan yang lebih manis dan cemerlang bagi Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.



Pengarah Kanan
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia