BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


MRT - Skop/Fungsi

Unit MRT memainkan peranan dalam beberapa aktiviti seperti:

  • Pasukan Audit Teknikal Projek MRT - Membantu Jabatan Audit Negara melaksana Audit Teknikal Projek MRT.
 

Pengurusan atasan JKR telah bersetuju agar Unit MRT mengetuai Pasukan Audit Teknikal ini dan menjalankan audit teknikal dengan kekerapan yang sesuai.

 

  • Pembangunan Kompetensi Kejuruteraan Keretapi - Membina keupayaan dan kompetensi baru bagi JKR dan pegawai-pegawai profesionalnya dalam bidang baru seperti pembangunan keretapi dan pengangkutan awam.
 
Bil. Aktiviti Status
1)

Program Penempatan Silang ke Syarikat ERL Sdn Bhd.

Penempatan 3 orang pegawai JKR ke syarikat ERL Sdn Bhd terdiri daripada:

  • Satu (1) orang Jurutera Awam
  • Satu (1) orang Jurutera Mekanikal
  • Satu (1) orang Jurutera Elektrikal

Penempatan ini bermula pada 3 September 2012 sehingga 31 April 2013.

2)

Program Penempatan Silang ke Syarikat MRT Corporation Sdn Bhd.

Penempatan 6 orang Jurutera Awam JKR di syarikat MRT Corporation Sdn Bhd terdari dari pelbagai Gred terdiri dari:

  • Tiga (3) pegawai Gred J48
  • Satu (1) pegawai Gred J44
  • Dua (2) pegawai Gred J41

Penempatan ini bermula pada 1 Februari 2013 untuk tempoh dua (2) tahun.

3)

Kompetensi Kejuruteraan Keretapi

(Awam, Mekanikal, Elektrikal, Ukur Bahan, Senibina)

Memperkenal dan membangun kompetensi baru dalam Kejuruteraan Keretapi agar Jabatan bersedia menjadi agensi pelaksana atau penasihat utama pelaksanaan projek keretapi di masa hadapan.

4)

Pelaksanaan Kursus Kejuruteraan keretapi

Membangunkan kursus Kejuruteraan Keretapi peringkat Pengenalan, Pertengahan dan Lanjutan kepada Jurutera JKR.

  

  • Khidmat nasihat Teknikal Berkenaan Kejuruteraan Keretapi - Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan berkenaan Kejuruteraan Keretapi dalam pelaksanaan Pengurusan Nilai dan Jawatankuasa Pemandu Pembinaan Projek Keretapi.
 
Bil. Aktiviti Status
1)

Pengurusan Nilai

1) Perolehan Electric Train System (ETS) sebanyak 10 Unit untuk kegunaan Keretapi Tanah Melayu bernilai RM500juta.

2) Projek Sambungan Jajaran Keretapi ERL dari KLIA1 ke KLIA2 sepanjang 2km bernilai RM100 juta untuk Express Rail Link Sdn Bhd.

2)

Khidmat Nasihat Teknikal Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan Pemandu (Steering Committee)

1) Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Projek MRT Jajaran Sg Buloh-Kajang.

2) Jawatankuasa Pemandu Projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad.

3) Jawatankuasa Pemandu Projek Sambungan Jajaran LRT Ampang (Sri Petaling- Putra Height) dan LRT Kelana Jaya (Kelana Jaya-Putra Height) untuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

3)

Khidmat Nasihat Teknikal Pembinaan

1) Tukar ganti Tanah Kerajaan bagi pembinaan:

  • Stesen Komuter Abdullah Hukum
  • Stesen Komuter Kajang

2) Pembinaan Kompleks/Medan Parkir untuk Perbadanan Aset Keretapi (PAK)

  • Stesen Komuter Klang
  • Stesen Komuter Pelabuhan Klang

3) Pembinaan Medan Letak Kereta Berdekatan Landasan KTM untuk Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman

Kemaskini Terakhir (Monday , 09 SEP 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan