BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


MRT - Status Semasa

Projek My Rapid Transit (MRT) atau Projek Transit Aliran Massa diumumkan oleh Kerajaan pada Disember 2010.Projek ini mempunyai 3 jajaran utama yang menghubungkan Bandar-bandar utama Lembah Kelang. Kerajaan memutuskan untuk memulakan pembinaan jajaran yang pertama iaitu jajaran Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km. Pelancaran secara rasmi projek ini dibuat pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ianya dijangka siap sepenuhnya pada 2017.

  Nama Projek : Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Kelang
  Agensi Kawalselia : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat
  Pelanggan : MRT Corporation Sdn Bhd
  Kontraktor Bersama : MMC-Gamuda Sdn Bhd
  Kos Projek : RM 20 billion (anggaran)

Dua (2) jajaran yang lain akan dilaksanakan setelah Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tujuan utama pembinaan Projek MRT ialah:

  • Membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan awam di Negara ini bagi mengatasi kesesakan lalulintas di Lembah Klang terutamanya Pusat Bandar Kuala Lumpur
  • Memberi keselesaan kepada pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.
  • Menampung pertambahan jumlah pengguna pengangkutan awam Kuala Lumpur dari 6 juta kepada 10 juta menjelang 2020.

Kebaikan projek ini adalah:

  • Mengurangkan penggunaan bahan api fosil yang banyak digunakan oleh sector pengangkutan
  • Mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada enjin kenderaan seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain ke ruang udara.
  • Berupaya mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya serta menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan.
  • Dapat menampung dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding hanya 480,000 penumpang oleh sistem pengangkutan awam sedia ada seperti Komuter, Monorel dan LRT
  • Mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penjanaan pendapatan baru Negara sehingga RM 12 billion.

Peta Jajaran MRT Laluan Sg Buloh Kajang

 

Kemaskini Terakhir (Monday , 09 SEP 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan