BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


Unit Rapid Transit System (RTS)

 
Unit Rapid Transit System (RTS) yang terdiri daripada pelbagai disiplin iaitu Sivil & Struktur, Geoteknik dan Arkitek telah ditubuhkan pada Mei 2012 bertujuan untuk memberi khidmat teknikal dalam perlaksanaan Projek Rapid Transit System (RTS).  Projek ini diterajui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang bertindak sebagai Pengarah Projek dan pegawai-pegawai dari Unit RTS telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Projek RTS yang juga turut dianggotai oleh pegawai-pegawai dari Prasarana, KTMB, KDN dan MKN.
 
 
  Projek RTS adalah satu projek usahasama di antara Kerajaan Malaysia dan Singapura bagi membangungkan sistem pengangkutan keretapi yang menghubungkan antara Malaysia dan SIngapura. Projek RTS  yang dirancang, merupakan laluan keretapi berkembar sepanjang 4 km yang menghubungkan dua stesen terminal, iaitu sebuah stesen di persekitaran JB Sentral dan sebuah lagi di Republic Polytechnic Woodland, Singapura. Setiap stesen terminal akan dilengkapi dengan kemudahan co-located CIQ yang baru serta hub terminal multi-modal (MTH). Sistem keretapi yang dibangunkan akan dapat menampung kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang setiap jam sehala / people per hour per direction (pphpd).
 
 
  Pelaksanaan Projek RTS yang dikendalikan secara usahama antara SPAD dan Land Transport Authority Singapore (LTA) dibahagikan kepada dua (2) fasa.Fasa I adalah fasa Joint Engineering Study (JES) dan Fasa II ialah Joint Engineering Design (JED).Pelaksanaan Fasa I telah pun bermula dari Mei 2012sehingga November 2012. Pelaksanaan Fasa II akan bermula setelah persetujuan kedua-dua Negara diperolehi mengenai rekabentuk yang dicadangkan di dalam Fasa I, iaitu dalam tempoh 12 bulan dari tamat Fasa I.
 
 
  Dalam pelaksaanan Fasa I, pihak Perunding AECOM telah dilantik untuk menjalankan Joint Engineering Study (JES).Dalam tempoh enam (6) bulan AECOM perlu mengemukakan laporan serta cadangan dari hasil kajian mengenai jajaran laluan system tersebut, lokasi stesen di Malaysia, sistem binaan, sistem operasi keretapi, kos pelaksanaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Pada peringkat ini, Unit RTS berperanan menyemak dan meneliti laporan-laporan dan cadangan yang dikemukakan serta memberi khidmat nasihat teknikal dari aspek senibina, awam dan struktur, geoteknik dan pengurusan projek.
 
 
Kemaskini Terakhir (Monday , 26 AUG 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan