BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


Unit Pasukan Projek Bus Rapid Transit (BRT)

 
Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah melantik Cawangan Pangkalan Udara & Maritim (CPUM) untuk melaksanakan projek ini. Pengarah CPUM, YBhg. Dato' Dr. Meor Abdul Aziz Bin Osman, adalah bertindak sebagai Pengarah Projek dan Ir. Mohamed Amin Bin Kasim iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Projek Khas BRT adalah dipertanggungjawabkan sebagai Head of Project Team(HOPT).
 
 
  Arahan pelaksanaan projek BRT telah dibuat pada 19 Julai 2012 setelah Surat Kuasa Laksana bertarikh 5 Julai 2012 dikeluarkan oleh pihak pelanggan iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
 
 
  Bagi melaksana tugas ini, Unit Projek BRT adalah bertanggungjawab terhadap aspek berikut :
  • Pengurusan Projek (Kebenaran merancang, pemantauan, pengurusan kontrak, pengurusan risiko, dsb).
  • Rekabentuk Konsep (Jalan raya laluan bas, jejantas, jejambat, laluan pejalan kaki, stesen terminal, stesen hentian bas, depot, sistem maklumat trafik, dsb).
  • Pembinaan Infrastruktur (Jalan raya laluan bas, jejantas, jejambat, stesen, laluan pejalan kaki, sistem elektronik pintar trafik (ITS), depot, pengesanan & pengalihan utiliti, dsb).
 
  Objektif Unit adalah :
  • Melaksanakan projek mengikut kaedah dan spesifikasi yang ditetapkan dan dipersetujui bersama pihak pelanggan
  • Menyiapkan projek di dalam tempoh yang ditetapkan
  • Menyiapkan projek dengan kualiti yang terbaik dan berfungsi seperti dirancang
  • Menyiapkan projek dengan kos yang tidak melebihi peruntukkan yang disediakan
 
   
Kemaskini Terakhir (Tuesday , 17 DEC 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan