BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


Kronologi Penting Projek

 
Berikut adalah kronologi dan peristiwa penting bagi projek ini.
 

Bil

Tarikh

Perkara

1.

14 Disember 2009

Persetujuan Pelaksanaan Projek BRT oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) bil-4

2.

Oktober 2011

Kajian Kemungkinan BRT telah siap dilaksanakan oleh juruperunding, Halcrow Consultants Sdn Bhd, untuk Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan salah satu jajaran yang diutamakan adalah jajaran Kuala Lumpur-Klang

3.

13 Mac 2012

Persetujuan selaku Agensi Pelaksana oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dengan menyatakan persetujuan melalui emel kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia

4.

April 2012

Kajian Impak Trafik (TIA) dimulakan oleh Urusbudi Transplan Sdn Bhd yang telah dilantik oleh SPAD

5.

Mei 2012

Pelan Rekabentuk Konsep dimulakan oleh Urusbudi Transplan Sdn Bhd bersama-sama Institute for Transportation and Development Policy (ITDP) yang dilantik oleh SPAD

6.

5 Julai 2012

Surat Arahan Pelaksanaan kepada Ketua Pengarah Kerja Raya telah diberikan oleh pihak SPAD

7.

September 2012

SPAD mengemukakan Ringkasan Projek Pelanggan bagi Pelaksanaan Projek kepada pihak JKR

8.

31 Oktober 2012

Keputusan Mesyuarat Delivery Task Force bil 22 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan supaya kajian terperinci dibuat oleh SPAD dengan melibatkan Kementerian Kerja Raya untuk isu-isu yang memberi impak kepada pengguna jalan raya khasnya di Lebuhraya Persekutuan.

9.

November 2012

SPAD mengemukakan Addendum Skop Kerja Projek BRT kepada pihak JKR.Projek ini dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu;

Fasa Pertama: Laluan dari Pasar Seni, KL ke Subang Jaya, Selangor

Fasa Kedua: Laluan dari Subang Jaya ke Bandar Klang, Selangor

 

10.

7 Disember 2012

Mesyuarat dan Pembentangan Pelan Konsep kepada pihak KKR (Bhgn Perancang Jalan, Bhgn Kawalselia Penyenggaraan dan LLM) dan pihak JKR yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri KPKR. Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan status quo tahap perkhidmatan bagi Lebuhraya Persekutuan. Kajian terhadap opsyen Pelan Konsep yang dibentangkan perlu dikaji semula.

11.

25 Februari 2013

Mesyuarat Membincangkan Pelaksanaan Inisiatif NKRA Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur– Klang bersama KSU-KSU MOT, KWPKB dan KKR. Mesyuarat bersetuju untuk membincangkan pelaksanaan projek dengan lebih mendalam selepas Pilihanraya Umum ke-13.

12.

Mac 2013

SPAD mengemukakan cadangan baru pelaksanaan Projek BRT Laluan KL-Klang bersama-sama Revised Timeline *.

 

Projek ini akan dilaksanakan secara tiga (3) fasa iaitu:

Fasa 1A : Dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Sempadan KL/Selangor (akan dilaksanakan terlebih dahulu)

Fasa 1B : Dari Sempadan KL/Selangor ke Subang Jaya, Selangor

Fasa 2 : Dari Subang Jaya ke Bandar Klang, Selangor

 

* Mesyuarat Mingguan Projek BRT -SPAD dan JKR Bil 3/2013 dan Bil 4/2013

 
     
Kemaskini Terakhir (Monday , 19 AUG 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan