BAHAGIAN DARAT



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Darat

Alamat
UNIT PROJEK BUS RAPID TRANSIT (BRT) /
UNIT MASS RAPID TRANSIT (MRT) /
UNIT RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS)
Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

N03.17300, E101.69452

No. Telefon
03-2618 7696

No. Faks
03-2618 1371/1372


Perlaksanaan Projek dan Status

 
Pelaksanaan Projek

1. Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara tiga (3) fasa iaitu
    1.1.    Fasa 1A : Dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Sempadan KL/Selangor (akan dilaksanakan terlebih dahulu).
    1.2.    Fasa 1B : Dari Sempadan KL/Selangor ke Subang Jaya, Selangor.
    1.3.    Fasa 2 : Dari Subang Jaya ke Bandar Klang, Selangor.

2. Jadual Keseluruhan Pelaksanaan Projek adalah di Lampiran

3. Maklumat ringkas berkenaan fasa-fasa adalah seperti berikut :
    3.1.    Fasa 1A : melibatkan jarak sepanjang 6 km dan merangkumi jalan-jalan seperti Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Syed Putra (Jalan ini di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

    3.2.    Fasa 1B : melibatkan jarak sepanjang 14 km dan merangkumi hanya Lebuhraya Persekutuan. (Jalan ini di bawah bidang kuasa JKR Daerah Petaling).

    3.3.    Fasa 2 : melibatkan jarak sepanjang 14 km dan merangkumi Lebuhraya Persekutuan (Jalan ini di bawah bidang kuasa LLM) dan Persiaran Sultan Ibrahim serta jalan-jalan dalam Bandar Klang (Jalan ini dibawah bidang kuasa JKR Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang.

Status Pelaksanaan Terkini

1. Fasa 1A
1.1.    Status semasa adalah dalam fasa perancangan dimana proses memuktamadkan brif projek dan penentuan jajaran dari SPAD sedang berjalan.
    1.2.    Rekabentuk konsep telah dimulakan oleh pihak perunding yang dilantik oleh SPAD.
    1.3.    Kerja ukur telah dilaksanakan oleh Bahagian Ukur Tanah, CPUM.
    1.4.    Kaedah perolehan kontraktor secara Reka dan Bina telah ditetapkan oleh KPKR. Kriteria Pra-Kelayakan Kontraktor telah diluluskan oleh Lembaga Perolehan A JKR.
    1.5.    Perbincangan awal bersama HODT bagi penyediaan Needs Statement telah dilaksanakan.

2. Fasa 1B 
    2.1.    Kerja ukur telah dilaksanakan oleh Bahagian Ukur Tanah, CPUM.
    2.2.    Kajian semula konsep berdasarkan keputusan Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) ke 22 sedang dilaksanakan oleh SPAD.

3. Fasa 2 
    3.1.    Lawatan bersama SPAD telah dilaksanakan bagi menentukan laluan yang sesuai.
    3.2.    Kerja ukur akan dimulakan oleh Bahagian Ukur Tanah, CPUM pada hujung bulan Jun 2013 setelah mendapat kelulusan daripada SPAD.

 
 
 

 
 
 
 
JADUAL KESELURUHAN PELAKSANAAN PROJEK
 
Kemaskini Terakhir (Monday , 19 AUG 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan