Utama
Prolog Pengarah

Prolog Pengarah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) telah membangunkan laman sesawang rasmi ini sebagai salah satu medium interaktif dan perkongsian maklumat di antara pegawai-pegawai CPUM dengan  pelanggan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan cemerlang seiring dengan visi untuk pembangunan infrastruktur Negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui perkembangan teknologi terkini.

Dalam menyahut pelayaran bahtera transformasi negara, sistem penyampaian dan keberkesanan komunikasi amat mustahak bagi menentukan perkongsian maklumat dan pengetahuan sampai dengan cepat disamping meningkatkan kefahaman pelanggan berhubung bisnes Cawangan ini. Oleh itu, pendekatan untuk meneruskan penambahbaikan penyampaian sistem dan maklumat berdasarkan enam (6) prinsip iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti) serta PCI (Produktif, Kreatif dan Inovatif) telah diberi penekanan.

Harapan saya semoga laman sesawang ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelanggan untuk berurusan dengan pihak CPUM dan warga CPUM sendiri. Dengan rasa rendah diri CPUM mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan laman sesawang ini untuk mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam seiring dengan tag-line kami iaitu "The Preferred Agency in Maritime & Airport Construction" dan "Redefining the Construction Industry".

Sekian, terima kasih.

 

 

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan