BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN (BKUB)...
adalah satu bahagian yang menjalankan tugas-tugas sokongan kepada lain-lain bahagian di Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim dalam melaksanakan projek-projek yang diamanahkan kepada cawangan ini.
Bahagian ini adalah bertanggung jawab untuk mewujudkan dan memastikan pentadbiran dan pengurusan tender dan kontrak bagi semua projek dijalankan dengan adil dan efisien.
Di samping itu, bahagian ini juga berkewajipan untuk melaksanakan pengurusan dan pentadbiran projek berlandaskan garis panduan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Gred J48 dan dibantu oleh dua (2) Penolong Pengarah (PP) Gred J44, tiga (3) Penolong Pengarah (PP) Gred J41, dua (2) Penolong Juruukur Bahan Kanan (PJUBK) Gred J36 dan seorang (1) Penolong Juruukur Bahan (PJUB) Gred J29.