Pengangkutan Darat seperti jalan raya dan pengangkutan rel adalah mod utama pengangkutan di Malaysia. Rangkaian pengangkutan ini menyokong kepada pertumbuhan ekonomi, populasi yang semakin meningkat dan pelbagai akitiviti sosioekonomi di bandar. Sistem pengangkutan awam yang efektif dam komprehensif adalah satu faktor penting untuk kemakmuran ekonomi yang mapan. Di Malaysia, peningkatan pesat dalam pemilikan dan penggunaan kenderaanpersendirian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, peningkatan kemalangan, ruang letak kereta yang tidak mencukupi dan pencemaran udara. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat keperluan untuk mengalih pengguna daripada menggunakan kereta persendirian kepada pengangkutan awam. Untuk mencapai sasaran tersebut, kerajaan telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat melalui memperbaiki pengangkutan awam bandar. Terdapat 11 inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan di mana empat kategori utama adalah penambahbaikan perkhidmatan bas, perkhidmatan rel, integrasi antara mod pengangkutan awam dan rangkaian pengangkutan awam itu sendiri. |
||
Oleh itu, untuk menyelaras semua aktiviti tersebut, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk memainkan peranan penting sebagai penjana dan pelaksana NKRA itu. SPAD kemudian telah melantik Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) sebagai penyelaras, penasihat teknikal, merekabentuk dan pengurus projek kepada projek-projek pengangkutan awam yang telah dirancang. |
||
Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi. |
||
Pada tahun 2011, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah melantik Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) untuk bekerjasama dan melaksanakan sebarang projek dengan pihak SPAD. Dengan amanat tersebut, CPUM telah menubuhkan Bahagian Pengangkutan Darat pada Jun 2012. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan sebarang kajian, nasihat, perancangan, pelaksanaan projek adalah berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh JKR dan Kerajaan Malaysia. Bahagian Pengangkutan Darat terbahagi kepada 3 Unit iaitu:
Dengan wujudnya Bahagian Darat ini, maka projek-projek dibawah SPAD dapat diselaraskan melalui sistem pengurusan yang tersusun.Bahagian ini pada asalnya beroperasi di Blok F, Ibu Pejabat Kuala Lumpur namun telah berpindah ke pejabat baru di Menara PJD pada Februari 2013. |
![]() |
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|