Bahagian Elektrik di Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim telah diwujudkan pada bulan Mei 2003 sewaktu penstrukturan semula semua jabatan dalam JKR. Bahagian ini merupakan salah satu bahagian sokongan teknikal yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan elektrik bagi projek-projek lapangan terbang, maritim dan juga projek-projek di bawah Bahagian Darat untuk dilaksanakan di cawangan ini.
Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 2003, Bahagian Elektrik telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) iaitu Ir. Mohd Rosli bin Sirin dan pada Jun 2010 beliau telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Bermula Julai 2010 sehingga kini, Bahagian Elektrik dianggotai seramai tujuh pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh KPP iaitu En. Wan Othman bin Wan Jusoh dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah, dua Penolong Jurutera dan tiga Juruteknik.

Kemaskini Terakhir (Tuesday , 01 OCT 2013)