English

Latihan dan Pengujiaan Lesen Memandu Kelas H&I ini telah diadakan sejak tahun 2012. Program ini melibatkan kerjasama diantara JKR Negeri Sembilan dan JPJ Negeri Sembilan, Seremban. Perancangan bagi menjayakan program ini telah dibuat sejak tahun 2011, hasil daripada cetusan idea semasa Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ). Selepas itu, pihak JKR Negeri Sembilan telah mengadakan sesi perbincangan bersama JPJ Malaysia, Putrajaya dan JPJ Negeri Sembilan, Seremban bagi mendapatkan persetujuan melaksanakan program ini.

Persetujuan telah diterima dan JPJ Malaysia telah bersetuju lokasi tapak adalah di Jempol memandangkan kawasan tersebut mempunyai kemudahan logistik dari segi jentera yang akan digunakan. Program ini melibatkan tenaga pengajar yang terdiri daripada kakitangan profesional JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Sembilan dan dibantu kakitangan JPJ yang bertauliah.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, seramai lebih 80 orang peserta telah berjaya mendapatkan lesen memandu kelas H&I. Peserta –peserta tersebut adalah terdiri daripada kakitangan JKR Negeri Sembilan dan JKR Selangor.

Justeru itu, JKR Negeri Sembilan mengalu-alukan penyertaan daripada kakitangan – kakitangan JKR Negeri lain untuk turut serta dalam program ini. Program ini hanya untuk kakitangan JKR sahaja khususnya kepada pemandu gred R1- R6. Semoga program ini memudahkan kepada kakitangan JKR untuk mendapatkan lesen memandu kelas H&I.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada pautan berikut:

i. Risalah 1
ii. Risalah 2
iii. Borang Pencalonan Peserta

Related Posts