English

Pada 15 Mei 2014, pasukan pelaksana BSEEP dan Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga yang diketuai oleh Pengarah CAST; Yg.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan kerja ke Bangunan SEDA LEO di Likas Square, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat hasil projek demonstrasi bangunan yang telah dipilih untuk perlaksanaan Komponen 5 BSEEP

 
SEDA LEO atau SEDA Low Energy Office adalah Pejabat SEDA Malaysia Cawangan Sabah. SEDA Malaysia adalah Sustainability Energy Developement Authority (SEDA) Malaysia atau Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Mampan Pembangunan Tenaga 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme tarif galakan yang diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].
 
Pejabat ini secara
rasminya telah dibuka pada 22 April 2014 pada asalnya adalah bangunan sedia ada
yang telah mengalami proses retrofit kepada bangunan pejabat yang bercirikan
cekap tenaga. Semua penerapan elemen-elemen cekap tenaga dalam pejabat ini
adalah mengikut model bangunan LEO Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
di Putrajaya.

Dengan keluasan 1,1168
kakipersegi pejabat ini direka supaya dapat mendemonstrasikan elemen kecekapan
tenaga yang boleh dirasai oleh pengunjung. Antara elemen yang dipamerkan seperti
perancangan ruang menggunakan warna cerah, penuaian cahaya semulajadi,
penggunaan lampu dan peralatan cekap tenaga serta sistem pemantauan tenaga. 

Fokus
lawatan ini adalah untuk melihat keberkesanan sistem pemantau tenaga yang
merupakan projek demonstrasi BSEEP untuk bangunan tersebut. Selain dapat
memastikan kejayaan projek ini, banyak idea dapat dikongsi untuk perancangan
projek pada masa akan datang

Related Posts