English

Sistem Penilaian Kenderaan Atas
Talian (PiKAT) telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj.
Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 18 November 2013 bertempat
di The Grand Klana Ballroom, Klana Resort Seremban. Pelancaran yang
dilaksanakan bersempena Hari Inovasi JKR 2013 itu turut dihadiri oleh barisan
pengurusan atasan JKR serta Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraaan Mekanikal.
Sistem PiKAT dibangunkan secara dalaman (in- house) dengan kerjasama di antara
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM),
Cawangan Pengurusan Korporat.


Sistem ini adalah salah satu transformasi dalam JKR
khususnya CKM untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan.
Perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem ini ialah Penilaian Kenderaan
Baharu, Penilaian Kenderaan Untuk Pinjaman Kerajaan, Perakuan Pelupusan dan
Penilaian Harga Rezab/Lucut Hak.


Dengan adanya sistem PiKAT proses penilaian dan pemeriksaan
kenderaan bagi sesebuah kenderaan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan
sistematik. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
lansung disepanjang pembangunan serta pelancaran sistem ini.

Sila klik di sini untuk gambar ketika majlis tersebut

Related Posts