English

SEMERBAK BUDI SEJAMBAK MEMORI

 
Majlis Penghargaan dan Persaraan Ketua Pengarah Kerja Raya Y.Bhg Dato Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob telah diadakan pada 28 Mac 2013 yang lalu di Dewan Tan Sri Mahfuz, KKR. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sebagai KPKR dan serta jasa beliau kepada JKR sepanjang 37 tahun tempoh perkhidmatan
 
Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan ribuan kepada terima kasih kepada seluruh warga JKR bemulah dari Pegawai-pegawai Tinggi Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Jurutera-jurutera Daerah, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kakitangan sokongan di atas kerjasama yang diberikan dalam membantu beliau menerajui Jabatan Teknikal utama negara ini. Beliau juga berharap agar JKR akan terus menjadi jabatan yang akan menerajui teknikal negara serta perunding teknikal utama kerajaan.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya YB Datuk Fadillah bin Haji Yusof, YB Rosnah Abdul Rashid Shirin Timbalan Menteri,  YBhg Datuk Himmat Singh KSU KKR, Timbalan-timbalan KSU, Pegawai-pegawai Tinggi JKR, Pegawai-pegawai Kanan JKR serta seluruh warga JKR.
 
Jabatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Dato' Seri di atas sumbangan dan jasa bakti beliau kepada JKR sepanjang tempoh 37 tahun beliau di dalam JKR. Diharapkan agar YBhg. Dato' Seri dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
 
 

 

Related Posts