English

Majlis Penyampaian Pingat Amalan Terbaik AKRAB (ATA) Kebangsaan telah diadakan semasa Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-5 pada 19 Jun 2014 (Khamis) bertempat di Hotel De Palma Shah Alam, Selangor. Majlis Penyampaian Pingat telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Tahniah diucapkan kepada AKRAB JKR Malaysia kerana dianugerahkan Pingat Gangsa Amalan Terbaik AKRAB menerusi "Program Merekayasa Diri Tahun 2013". Program ini merupakan salah satu usaha Jabatan untuk membangunkan modal insan dengan meningkatkan potensi diri penjawat melalui bimbingan ahli AKRAB selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005- Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Sila klik di sini untuk berita bergambar


Berita oleh Urusetia
AKRAB JKR Malaysia


CPK

Related Posts