English

Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi (Pengurus Program) bersama JKR Selangor (Pegawai Penguasa) telah berjaya menyerahkan projek Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh pada tanggal 21 hb. Februari 2013 yang lalu bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Perubatan tersebut. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hanapi Bin Hamdan (Ketua Penolong Pengarah Kanan) mewakili Pengarah CPPT kepada Y.Bhg. Dato’ Mahamed Bin Hussain (Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi) mewakili kementerian pelanggan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof. Dato’ Dr. Khalid Bin Yusoff, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, Ar. Noraini Binti Md Zin, Pengarah 1 Cawangan Arkitek, Ar. Sutina Binti Ghazali, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Tn. Ir. Abdul Hamid Bin Md Daud, Ketua Penolong Pengarah Kanan JKR CPPT, Tn. Ir. Hj. Mohd Nor Bin Muda dan Tn. Ir. Hj. Ibtisham Bin L Saleh (HOPT) serta Ketua Timbalan Pengarah Pembangunan UiTM, Tn. Hj. Junaidi Bin Muslim.

Simbolik penyerahan projek adalah dengan penyampaian replika kunci dari pihak Kontraktor (S.N Akmida Holdings Sdn. Bhd.) kepada JKR Selangor (Pejabat S.O Projek) seterusnya JKR Selangor menyerahkan kepada JKR CPPT (Pejabat Pengurus Program/HOPT) seterusnya JKR CPPT menyerahkan kepada KPT (Kementerian Pelanggan) dan diakhiri dengan penyerahan KPT kepada UiTM (end user).

Pembinaan Fakulti Perubatan UiTM ini adalah merupakan sebahagian daripada program di dalam RMK-9 yang dilaksanakan secara konvensional (perunding) dimana terdiri dari 3 skop utama iaitu bangunan fakulti, bangunan kolej kediaman dan bangunan anatomi. Tarikh milik tapak projek adalah pada 16hb Februari 2009 dan telah disiapkan pada 28hb September 2012 dengan kos kontrak berjumlah  RM 158.5 juta.

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Penyerahan Projek dari Bahagian Pendidikan & Pengajian Tinggi JKR Selangor yang diterajui oleh Pn.Hafizah Binti Zakaria yang telah memberi komitmen tinggi untuk persiapan majlis penyerahan projek ini yang telah berjalan dengan sempurna seperti dirancang. Majlis penyerahan diakhiri dengan lawatan ke sekitar bangunan fakulti perubatan.

Sila klik di sini bagi laporan bergambar.

Disediakan Oleh : Cawangan Pendidikan & Pendidikan Tinggi

Related Posts