English

Majlis Penyerahan Projek ini juga dihadiri oleh YB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia; YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia; Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia; Y.Bhg. Datuk Farida Bt Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia; dan dif-dif kehormat dari kedua-dua Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Kontraktor, Perunding dan Pembekal-Pembekal.

Pembinaan Projek IKN telah bermula pada 1 September 2010 dan siap sepenuhnya pada 16 Ogos 2013, 2 minggu lebih awal daripada tarikh siap sebenar. Kos projek keseluruhan adalah RM693 juta dan dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh Kontraktor Kiara Teratai Sdn Bhd. Projek IKN juga telah menjadi perintis kepada beberapa inovasi JKR dan mengungguli beberapa pencapaian cemerlang seperti:

a. Projek hospital pertama seliaan JKR yang disiapkan mendahului jadual dan tanpa sebarang lanjutan masa (EOT).
b. Projek hospital yang dibina menggunakan komponen Industrialised Building System (IBS) dengan skor maksimum 70%. Dengan IBS, pembinaan kerangka struktur bangunan berjaya disiapkan 3 bulan lebih awal daripada jadual. Projek ini juga menggunakan sistem solid wall panel with concrete infill yang pertama kali digunakan untuk bangunan hospital.
c. Projek pertama JKR yang menggunakan perisian pintar Building Information Modeling (BIM) dalam fasa pembinaan.
d. Projek hospital pertama dengan aplikasi ICT paling komprehensif iaitu Total Hospital Information System (THIS) yang berjaya disiapkan dalam tempoh kontrak.
e. Pengurusan keselamatan tapak bina yang cemerlang dengan pencapaian 5 juta jam masa bekerja tanpa kehilangan waktu bekerja (Lost Time Injuries – LTI) atau sifar kemalangan.

Dalam ucapan sempena Penyerahan Projek ini, Y.Bhg. Dato’ Seri KPKR menekankan JKR sebagai agensi pelaksana telah bertungkus lumus dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek IKN ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat sehingga projek ini dapat disiapkan dengan cemerlang dan mengkagumi jalinan kerjasama yang erat di antara:

a. Pasukan Projek Khas JKR ;
b. Pasukan Unit Core Team IKN Bahagian Perancangan dan Pembangunan KKM;
c. Pihak Kontraktor dan Pihak perunding;
d. Perbadanan Putrajaya;
e. Jabatan Bomba & Penyelamat;
f. Agensi utiliti seperti SYABAS , IWK, TNB dan Telekom

Dengan sempurnanya Majlis Penyerahan ini, JKR telah membuktikan iltizamnya sebagai agensi pelaksanaan projek terunggul Negara dan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan projek secara keseluruhannya dalam memberikan khidmat bertaraf dunia kepada Rakyat dan Negara.

SYABAS JKR!!

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts