English
 
 
Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Bersama Warga JKR telah diadakan pada 20 Januari 2015 (Selasa) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Perjumpaan ini diadakan bagi mendengar Amanat Y.Bhg Dato’ KPKR JKR Malaysia. 
 
Pada majlis perjumpaan ini, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada ‘Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan KKR & JKR’ yang terlibat iaitu seramai 416 orang yang telah bertungkus lumus menyumbangkan masa & tenaga bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini . Selain itu juga, sesi penyampaian sumbangan wang tunai daripada warga JKR untuk diagihkan dikalangan mangsa banjir warga JKR turut diadakan pada majlis tersebut.
 
Pihak Jabatan Kerja Raya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sukarelewan dan warga JKR yang telah memberikan sumbangan ikhlas dari segi wang tunai, barang-barang keperluan , tenaga dan Masa. Akhir kata terimalah serangkap pantun dari kami;
 
Bawah Batang ada keli,
Batang rebah menumpu tanah,
Pertolongan yang diberikan jelas sekali,
Terima kasih, syabas dan tahniah
 
Sekian Terima Kasih.

Related Posts