English

Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Ar. Noraini Md. Zin, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan telah dihadiri oleh 106 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.

Diantara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :
1. Pembentangan Laporan Status Pelan Bisnes Arkitek JKR 2012 – 2015
    a. Kumpulan 1 - Outstanding Project Delivery, oleh Pn. Norhayati Binti Nasaruddin
    b. Kumpulan 2 - Co-Creative Customer Experience, oleh En. Abd. Rahman Bin Ambari
    c. Kumpulan 3 - Centre of Technical Excellence, oleh Ar. Rosila Binti Mohamed
    d. Kumpulan 4 - Leading Sustainability, oleh Ar. Ibrahim Bin Isa
    e. Kumpulan 5 - Innovative Organization, oleh Ar. Azman Bin Md. Hashim

2. Pembentangan Kertas Kerja
    a. Kemajuan Kerjaya – SME, oleh Tn. Hj. Zainal Fitri Bin Hassan
    b. ‘Integration of Building Energy Simulation (BES) In The JKR Architects Design Practice During Schematic Design Phase (SDP)’, oleh Dr. Nor Shahrene Binti Mohd. Ibrahim
    c. Isu – Isu Pelaksanaan Projek, oleh Tn. Hj. Zawawi Bin Parjan
   d. Projek Institut Kanser Negara – ‘Lessons Learnt’ Daripada Perspektif Arkitek, oleh Ar. Sharina Intan Binti Abdullah
    e. Model Kompetensi Teknikal Disiplin Arkitek, oleh Pn. Norliza Binti Kadir
    f. Pelaksanaan Program BIM, oleh Tn. Hj. Abd Gaffar Bin Abu

Pihak Urusetia mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan Arkitek yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat tahunan Arkitek Kanan JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.

Sila klik di sini untuk paparan buletin.

Disediakan oleh : Unit Sumber Manusia & Dasar, BPKS, Cawangan Arkitek.

Related Posts